Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBahagian Penyelidikan, Perhubungan Awam dan Teknologi Maklumat

PPIT.png

FUNGSI DAN PERANAN BAHAGIAN PENYELIDIKAN, PERHUBUNGAN AWAM DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Bahagian PerkhiDmatan KorpOrat dan Kewangan (1).png


(1) Unit Penyelidikan

FUNGSI DAN PERANAN:


  • Melaksanakan tugas-tugas penyelidikan yang berobjektif untuk mencapai Visi dan Misi Jabatan Daerah Temburong seperti kajiselidik untuk mengadakan program atau inisiatif yang mendokong pembangunan dan kesejahteraan masyarakat;
  • Membuat kajiselidik dan kertas kerja untuk penambahbaikkan sebarang perkhidmatan dan juga proses kerja Jabatan untuk keperluan jabatan;
  • Menerima aduan daripada orang ramai melalui emel, telefon, WhatsApp dan melalui media sosial;
  • Membuat carta laporan dan statistik aduan yang diterima sepanjang tahun;
  • Membuat sebarang cadangan dan rumusan bagi sebarang kajiselidik yang telah dibuat;
  • Memantau penjilidan buku-buku, keratan akhbar, risalah-risalah, buku program, acara-acara yang dilaksanakan oleh Jabatan Daerah Temburong.


(2) Unit Perhubungan Awam dan Teknologi Maklumat

FUNGSI DAN PERANAN:


  • Membuat pengurusan untuk Liputan Media (Elektronik dan Cetak) bagi semua Projek dan Aktiviti yang melibatkan Jabatan Daerah dan menyediakan Press Release bagi aktiviti dan projek tersebut;
  • Mengemaskinikan laman sesawang jabatan dan laman sosial jabatan;
  • Meneliti isi kandungan akhbar-akhbar dan berita-berita tempatan dan luar negara;
  • Membuat rekabentuk dan layout dan kemudiannya menerbitkan Risalah, Buku dan Poster yang bertujuan untuk mempromosikan projek dan aktiviti jabatan;
  • Meyelaras sebarang permohonan dan keperluan peralatan IT Pegawai dan Kakitangan jabatan; dan menjadi "Focal Point" untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan ICT berserta bertanggungjawab atas pemeliharaan peralatan IT (Hardware dan Software);
  • Menyampaikan maklumat secara berterusan kepada Pegawai dan Kakitangan jabatan bagi apa jua perkara yang perlu untuk diketahui oleh semua warga jabatan;
  • Membuat perancangan kerja tahunan bagi aktiviti-aktiviti Jabatan Daerah Temburong;
  • Menambahbaik dan/atau memperbaharui proses-proses penyaluran maklumat Jabatan Daerah Temburong dari masa ke semasa.