TEMBURONG - Sabtu, 03 September 2022, Majlis Pelancaran Program Ke Temburong Bisai bertempat di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar, Temburong. Hadir selaku Tetamu Kehormat dan kemudiannya menyempurnakan Majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Metassan, Setiausaha Tetap (Perbandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Turut hadir ialah Yang Mulia Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim, Pemangku Pegawai Daerah Temburong.