Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBahagian Pembangunan dan Kemajuan Daerah

KPD.png

Fungsi dan Peranan Bahagian Kemajuan dan Pembangunan Daerah 

2.png

Bahagian Kemajuan dan Pembangunan Daerah adalah bahagian yang bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan, pemerliharaan dan pemuliharaan pada kawasan-kawasan dan bangunan-bangunan yang dibawah kawalan Jabatan Daerah Temburong melalui tujuh buah unit yang terdapat di dalam bahagian ini, iaitu:

1. UNIT BANGUNAN KERAJAAN

2. UNIT KEMUDAHAN AWAM

3. UNIT BENGKEL

4. UNIT PERKHIDMATAN

5. UNIT TENAGA BANTUAN

6. UNIT PEMELIHARAAN KAWASAN

7. UNIT PEMANTAUAN PROJEK

 

(1) Unit Bangunan Kerajaan

FUNGSI DAN PERANAN:

  • Memantau keadaan-keadaan bangunan kerajaan, perniagaan dan kemudahan awam yang dibawah kawalan Jabatan Daerah Temburong;
  • Memastikan bangunan-bangunan dibawah kawalan Jabatan sentiasa di dalam keadaan bersih, selamat dan teratur;

  • Membuat pemeliharaan yang berterusan ke atas bangunan-bangunan dan kemudahan awam dengan kerjasama agensi-agensi yang berkenaan;
  • Bertanggungjawab diatas penggunaan dan keselamatan bangunan-bangunan kerajaan di bawah kawalan Jabatan Daerah Temburong;
  • Menambahbaik dan membuat pembaharuan ke atas penjagaan prasarana-prasarana Jabatan dari masa ke semasa.


(2) Unit Kemudahan Awam

FUNGSI DAN PERANAN:

  • Memantau dan memastikan keselamatan kemudahan awam di bawah kawalan Jabatan untuk kegunaan orang ramai seperti Balai-Balai raya, Dewan Roni, Perhentian Bas, Jeti, Gelanggang Futsal, Taman-Taman dan sebagainya. 


(3) Unit Bengkel

FUNGSI DAN PERANAN:

  • Penyediaan, penyelenggaraan, pembaikan dan pengurusan hal ehwal kenderaan dibawah kawalan Jabatan;
  • Mengendalikan penggunaan jentera dan mesin 


(4) Unit Perkhidmatan

FUNGSI DAN PERANAN:

  • Memastikan kebersihan di Kawasan bangunan-bangunan kerajaan;
  • Menjaga keselamatan dan mengawasi bangunan-bangunan kerajaan.


(5) Unit Tenaga Bantuan

FUNGSI DAN PERANAN:

  • Penyediaan dan pemasangan alat kelengkapan
  • Membuat kerja-kerja pemeliharaan dan pembaikan kerosakan kecil
  • Menyediakan bantuan tenaga buruh



(6) Unit Pemeliharaan Kawasan

FUNGSI DAN PERANAN:

  • Memastikan tanaman-tanaman di sekitar kawasan bangunan-bangunan kerajaan dan zon-zon tertentu sentiasa dalam keadaan yang terpelihara;
  • Memelihara kawasan dan memastikan alam sekitar sentiasa dalam keadaan selamat dan bersih;
  • Penyediaan penghiasan


(7) Unit Pemantauan Projek

FUNGSI DAN PERANAN:

  • Pengurusan dan pemantauan hal ehwal projek dibawah jabatan seperti;

           - Hal Ehwal Tanah / Tukar Syarat / Tapak Projek Kerajaan

           - Rancangan Kemajuan Negara

           - Projek Jabatan

           - Pemuliharaan Aset-Aset Jabatan