Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

UPACARA MENAIKKAN BENDERA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

WhatsApp Image 2019-02-16 at 11.27.06 AM (1).jpeg

​TEMBURONG – Hari Sabtu, 11 Jamadilakhir 1440 bersamaan 16 Februari 2019, bertempat di Kawasan Lapang Dermaga Pekan Bangar telah berlangsung Upacara Menaikkan Bendera Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-35 Tahun bagi Daerah Temburong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Awang Mohamad Yassin bin Haji Ahmed, Pemangku Pegawai Daerah Temburong. Turut hadir ialah Yang Mulia Pengiran Muhaimin bin Pengiran Haji Mustapha, Pemangku Pemerintah Daerah Polis Temburong selaku Pengerusi  Bersama Majlis, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Awang Abdul Haadi Arif bin Haji Abd Lakim, Pemangku Penolong Pegawai Daerah Temburong  Yang Mulia Ketua-Ketua Cawangan, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung, Persatuan Beruniform dan Persatuan Bukan Kerajaan, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Penduduk-Penduduk Kampung  dan Syarikat Swasta.

Aturcara majlis telah dimulai dengan Bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan pasukan membawa bendera Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Yang Mulia Awang Abdul Haadi Arif bin Haji Abd Lakim, Pemangku Penolong Pegawai Daerah Temburong selaku Pengerusi Bersama untuk diserahkan kepada Yang Mulia Pemangku Pegawai Daerah Temburong selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya diserahkan kepada pasukan Polis Diraja Brunei bagi Upacara menaikkan Bendera Negara Brunei Darussalam. Ini disusuli dengan Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' dan kemudiannya lagu "Bendera Negara" dan Lagu "Brunei Bumi Bertuah" daripada pasukan koir daripada Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar. Acara kemudiannya diteruskan dengan penyerahan Bendera Negara Brunei Darussalam kepada Penghulu-Penghulu Mukim di Daerah Temburong, Ketua-Ketua Cawangan Daerah Temburong dan "Program Belia Cinta Tanahair".

Dari detik 16 Februari 2019 ini bermulalah berkibarnya Bendera Negara Brunei Darussalam. Bagi Pengiran-Pengiran dan Orang Yang Bergelar hendaklah mengibarkan bendera peribadi mereka di rumah kediaman masing-masing, manakala bagi orang ramai, bangunan-bangunan kerajaan dan permis-permis perniagaan hendaklah mengibarkan bendera Negara Brunei Darussalam di tempat masing-masing bermula pada hari ini 16 Februari 2019 sehingga 25 Februari 2019.

WhatsApp Image 2019-02-16 at 11.27.06 AM (2).jpeg

WhatsApp Image 2019-02-16 at 11.27.06 AM.jpeg

WhatsApp Image 2019-02-16 at 11.27.06 AM (3).jpeg

Created at 16/02/2019 11:42 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 16/02/2019 14:17 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang