Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

PERTANDINGAN DIKIR SYARAFIL ANAM

DSC_3029.JPG

TEMBURONG – Hari Rabu, 22 Safar 1440 bersamaan 31 Oktober 2018 bertempat di Dewan Kemasyarakatan Mukim Bokok, Daerah Temburong diadakan Pertandingan Dikir Syarafil Anam bagi Majlis-Majlis Perundingan Mukim Daerah Temburong 1440H/2018M, anjuran Majlis Perundingan Mukim Labu dengan kerjasama Jabatan Daerah Temburong.

Pertandingan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa oleh Yang Mulia Awang Haji Sallehuddin bin Haji Suhaimi, Imam Masjid Kampung Labu Estate. Majlis kemudiannya diteruskan dengan Ucapan Pengerusi Pertandingan iaitu Yang Mulia Awang Haji Abdurahman bin Haji Nasir, Penghulu Mukim Labu. Dan sebaik sahaja selesai ucapan daripada Pengerusi, Pertandingan Dikir Syarafil Anam dimulakan.

Hadir selaku tetamu kehormat Majlis dan kemudiannya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Yang Mulia Awang Elde bin Haji Suhaile, Pegawai Hal Ehwal Masjid Temburong.

Penyertaan pertandingan dikir syarafil anam pada tahun ini adalah terdiri daripada 5 kumpulan dari lelaki dan 5 kumpulan dari wanita mewakili 5 mukim di setiap kategori. Pemenang bagi setiap kategori akan mewakili Daerah Temburong ke pertandingan di peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada bulan November ini nanti.

DSC_2994.JPG

DSC_2987.JPG

DSC_3009.JPG

Created at 31/10/2018 14:31 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 31/10/2018 14:31 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang