Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS TADARUS AL-QURAN BULAN RAMADHAN MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG BERSERTA ROMBONGAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA 1439H / 2018M

WhatsApp Image 2018-05-24 at 12.58.40 PM.jpeg

​Setiap tahun Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telahpun menyusun rancangan kerjanya yang bercorak keugamaan bersempena dengan bulan Ramadhan. Pada tahun ini Majlis Tadarus Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya diteruskan lagi di Masjid Kampung Belais Daerah Temburong, setelah mengadakan majlis yang serupa di Daerah Tutong dua hari yang lalu.

TEMBURONG - Hari Isnin, 08 Ramadhan 1439  bersamaan 24 Mei 2018, jam 12.00 tengahari telah berlangsung Majlis Tadarus Bulan Ramadhan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Bagi Daerah Temburong. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku ketua rombongan,

Aturcara majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Zohor berjemaah dan seterusnya Majlis Tadarus yang diketuai oleh Yang Mulia Awang Norezam bin Zaini, Imam Masjid Kampung Belais dan seterusnya bacaan Tahlil dan Doa Selamat. Di antara tujuan rombongan Tadarus Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ke Daerah-Daerah adalah untuk menambah amal ibadat di bulan Ramadhan di samping itu juga ianya dapat menjalinkan hubungan yang erat dikalangan Pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya berserta Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung  dan pemimpin akar umbi.

Turut hadir di majlis tersebut; Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain, Pemangku Setiausaha Tetap dan Yang Mulia Awang Salminan bin Haji Burut, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.Yang Mulia Awang Md Amir Hairil bin Awang Haji Mahmud, Pegawai Daerah Temburong, Ketua-Ketua Jabatan dibawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Temburong berserta penduduk Kampung sekitarnya.

Rombongan seterusnya akan berkunjung ke Daerah Belait bagi acara yang serupa pada hari Sabtu, 10 Ramadhan 1439 bersamaan 26 Mei 2018 bertempat di Masjid Pekan Seria, Daerah Belait.

WhatsApp Image 2018-05-24 at 2.32.35 PM (1).jpeg

WhatsApp Image 2018-05-24 at 12.58.39 PM.jpeg

WhatsApp Image 2018-05-24 at 2.32.35 PM (3).jpeg

Created at 24/05/2018 14:42 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 24/05/2018 14:43 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang