Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PELANCARAN MEMULAKAN BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN 72 KALI KHATAM AHLI-AHLI MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG DAN PENUNTUT-PENUNTUT SEKOLAH SELURUH NEGARA

DSC_3605.JPG

​TEMBURONG - KHAMIS, 5 April 2017 – Satu Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran 72 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim Dan Kampung Dan Penuntut-Penuntut Sekolah Seluruh Negara Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Bagi Tahun 2018 diadakan pada hari Khamis,  18 Rejab bersamaan 5 April 2018 bermula selepas sembahyang Fardhu Asar berjemaah bertempat di masjid-masjid terpilih di setiap daerah. Majlis ini adalah salah satu majlis yang dirancang oleh Jawatankuasa Kebangsaan Sempena Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Bagi Tahun 2018.

 

Majlis Khatam Al-Quran 72 Kali Khatam tersebut adalah bagi memohon doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dilanjutkan usia dan sihat walafiat serta kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan hidayah dan petunjuk Allah Subhanahu Wata'ala. Di samping itu, Majlis ini diadakan bagi menzahirkan kesyukuran rakyat dan penduduk negara ini kepada Allah Subhanahu Wata'ala atas limpah rahmat dan nikmatNya menjadikan Negara Brunei Darussalam di bawah kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sentiasa berada dalam keadaan aman dan sejahtera. Ianya juga diadakan bagi mendukung hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir dengan rakyatnya celik Al-Qur'an.

 

Peserta-peserta bagi pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran adalah terdiri daripada ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung di keempat-empat daerah seluruh negara mengikut kategori dewasa lelaki, dewasa wanita, belia dan beliwanis (berumur 13 tahun hingga 20 tahun) yang terpilih dan mewakili mukim dan kampung termasuk penuntut-penuntut Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sekolah Arab dan Skim Tilawah Al-Quran remaja dan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur 12 tahun ke bawah yang mewakili daripada Sekolah-Sekolah Arab, Sekolah-Sekolah Ugama dan Skim Khatam Al-Quran di bawah umur 10 tahun serta  penuntut-penuntut sekolah seluruh negara daripada Kementerian Pendidikan yang berjumlah keseluruhan 1,708 orang peserta.

 

Bagi Daerah Temburong, Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran 72 Kali Khatam tersebut telah diadakan di Masjid Utama Muhammad Salleh, Pekan Bangar, Daerah Temburong. 

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat di Majlis tersebut ialah Yang Mulia, Awang Haji Abdul Manap bin Othman, Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan.

 

Turut hadir sama ialah Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan, Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong,  Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah, Pegawai-Pegawai Ugama, Bilal-Bilal, ahli-ahli Takmir Masjid dan anak-anak buah kampong.

 

Pada tahun ini, bagi Daerah Temburong, penyertaan adalah berjumlah seramai 182 orang yang terdiri daripada :

 

  1. Lelaki Dewasa 18 orang

  2. Wanita Dewasa 18 orang

  3. Belia 35 orang

  4. Beliawanis 35 orang

  5. Kanak-Kanak lelaki 33 orang

  6. Kanak-Kanak perempuan 33 orang

  7. Pelajar Kementerian Pendidikan (Lelaki) 5 orang

  8. Pelajar Kementerian Pendidikan (Perempuan) 5 orang

 

Majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Tetamu Kehormat dengan niat khas Pembacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran 72 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim Dan Kampung Dan Penuntut-Penuntut Sekolah Seluruh Negara Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Bagi Tahun 2018 dan seterusnya pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran bermula dari Juz Pertama dimulakan.

 

Majlis diakhiri dengan bacaan doa khusus bagi memohon doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dilanjutkan usia dan sihat walafiat serta kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan hidayah dan petunjuk Allah Subhanahu Wata'ala. 

DSC_3603.JPG

DSC_3671.JPG

DSC_3665.JPG

Created at 05/04/2018 16:58 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 05/04/2018 16:58 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang