TEMBURONG, Hari Ahad, 28 Mac 2021, Mukimku Ceria sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 37 Tahun yang diadakan di Kawasan Dewan Kemasyarakatan Mukim Bokok dianjurkan oleh Majlis Perundingan Mukim Zon 2 dengan kerjasama Jabatan Daerah Temburong dan Jabatan Belia dan Sukan, Cawangan Temburong.
Aturcara dimulakan dengan Walkaton, Berbasikal dan diikuti Sukanria. Selain itu, jualan bagi produk kampong dan produk satu kampung satu produk daripada Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Temburong juga diadakan bermula 27 Mac sehingga 28 Mac 2021.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Suhaili, Pemangku Penolong Pegawai Daerah Temburong. Turut hadir ialah Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Penghulu Mukim Zon 2 dan Pengerusi Acara, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung.