Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

GERAI HARI KEBANGSAAN

WhatsApp Image 2021-02-27 at 14.07.36.jpeg

TEMBURONG, Bersempena Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-37, Tahun 2021, Jabatan Daerah Temburong melalui Unit Perlesenan dan Penguatkuasaan telah mengendalikan Gerai Hari Kebangsaan. Gerai tersebut bermula pada hari Jumaat, 26 Februari 2021 sehingga hari Ahad, 07 Mac 2021 bertempat di Ruang Legar Kedai Pekan Bangar yang bermula jam 5.00 petang sehingga 10.00 malam. Gerai yang diadakan selama 10 hari tersebut adalah aktiviti keusahawanan yang terdiri daripada Majlis Perundingan Kampung, belia dan orang-orang persendirian. Pelbagai aneka jualan terdapat di Gerai Hari Kebangsaan seperti Produk Kampung (1K1P), makanan dan pakaian. Orang ramai adalah dijemput datang untuk memeriahkan lagi Gerai Hari Kebangsaan tersebut disamping mematuhi SOP Kementerian Kesihatan yang sedia ada.

DSC_6001.JPG

DSC_5985.JPG

DSC_5986.JPG


DSC_5976.JPG

Created at 27/02/2021 14:45 by Dayangku Siti Nur Syadzwani binti Pengiran Mohd Jeffry
Last modified at 27/02/2021 14:45 by Dayangku Siti Nur Syadzwani binti Pengiran Mohd Jeffry