Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS 'BASIC JUNGLE RESCUE'

DSC_2891.JPG

TEMBURONG - Selasa, 29 Rabiulakhir 1442 bersamaan 15 Disember 2020, diadakan Majlis Penyampaian Sijil Kursus 'Basic Jungle Rescue' yang dikendalikan oleh Bahagian Institusi Mukim dan Kampung, Jabatan Daerah Temburong dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Cawangan Operasi 'G', Daerah Temburong bertempat di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar, Temburong. Kursus selama 2 hari tersebut bermula pada Hari Isnin, 14 Disember dan berakhir dengan Majlis Penyampaian Sijil pada hari Selasa 15 Disember 2020.

Hadir selaku tetamu kehormat dan kemudiannya menyempurnakan penyampaian sijil ialah Yang Mulia Awang Mohammad Amirul Hadi bin Haji Mohd Tajudin, Pemangku Pegawai Daerah Temburong. Turut hadir Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Penghulu Mukim Zon 2 dan Yang Mulia Awang Lim Hock Guan, Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat.

Kursus merupakan inisiatif Bahagian Institusi Mukim dan Kampung, bagi memberikan peluang khususnya kepada Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dan Belia-Belia Daerah Temburong berserta penduduk-penduduk kampung untuk mempelajari teknik asas penyelamatan (basic rescue) dan pertolongan kecemasan (first aids) di dalam kawasan hutan. Objektif kursus diadakan adalah untuk ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung terutama sekali penunjuk-penunjuk arah (guide) Majlis Perundingan menimba ilmu pengetahuan dan juga pengalaman terutama sekali Majlis Perundingan yang terbabit dalam aktiviti perekonomian riadah atau rekreasi dan mendaki bukit (hiking) di kawasan perhutanan mukim dan kampung masing-masing. Adalah diharapkan dengan kursus ini, para peserta dapat mepraktikkan ilmu-ilmu yang dipelajari di masa yang akan datang. Kursus tersebut disertai oleh 27 orang peserta terdiri daripada wakil-wakil daripada Majlis Perundingan Mukim dan Kampung di Daerah Temburong.


DSC_2891.JPG

87197f0d-7772-404e-b1e2-baa5375a6baa.jfif

b166e2a7-6bb6-402f-a413-6998ea17b193.jfif

37f20d04-3df7-4c29-84ac-edf43d977a60.jfif

Created at 06/01/2021 15:07 by Rosmaria Binti Hj Ibrahim
Last modified at 06/01/2021 15:19 by Rosmaria Binti Hj Ibrahim