Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

LAWATAN KE KAWASAN-KAWASAN TERJEJAS BANJIR DAN TANAH SUSUR DAERAH TEMBURONG

WhatsApp Image 2020-12-01 at 8.51.31 PM.jpeg

​TEMBURONG – Selasa, 15 Rabiulakhir 1442 bersamaan 01 Disember 2020, satu lawatan kerja telah diadakan ke kawasan terjejas banjir dan tanah susur Daerah Temburong. Rombongan lawatan tersebut diketuai oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.


Lawatan dimulakan dengan taklimat mengenai kejadian banjir dan tanah susur oleh Yang Mulia Pemangku Pegawai Daerah Temburong bertempat di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah. Selepas taklimat, rombongan bergerak ke Kampung Temada untuk meninjau tempat kejadian banjir yang merupakan jalan penghubung penduduk kampung menuju ke jalan utama. Jalanraya tersebut ditenggelami air pada 28 November yang lalu. 

Lawatan diteruskan ke Mukim Batu Apoi iaitu ke Kampung Rebada dan Kampung Lemaling, kawasan yang terjejas oleh kejadian tanah susur. Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri kemudiannya disertai oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin menyaksikan kerja-kerja pembersihan di kawasan terjejas. Semenjak 28 November yang lalu, jalan penghubung ke jalan utama di kawasan tersebut terjejas akibat kejadian tanah susur. Ini menjejaskan perjalanan ulang alik penduduk kampung ke Pekan Bangar dan mukim-mukim yang lain. Terdapat 2 lokasi kejadian tanah susur iaitu di Kampung Rebada dan Kampung Lemaling dan 1 lokasi kejadian pokok tumbang di Kampung Lemaling. Bantuan-bantuan berupa catuan dan juga perubatan telah pun diberikan semenjak kejadian tanah susur terjadi melalui kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah. 

Berikutan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dan hujan lebat bermula pada 27 November yang lalu beberapa kawasan di sekitar Daerah Temburong mengalami kejadian banjir dan tanah susur. Dalam kesempatan ini sukacita mengingatkan orang ramai untuk terus meningkatkan kewaspadaan dan berhati-hati semasa menggunakan jalanraya terutama di kawasan-kawasan tanah susur dan seterusnya dinasihatkan untuk melalui jalan alternatif semasa hujan lebat.

WhatsApp Image 2020-12-01 at 8.51.31 PM.jpeg


WhatsApp Image 2020-12-01 at 8.51.31 PM (1).jpeg

WhatsApp Image 2020-12-01 at 8.51.31 PM (2).jpeg

WhatsApp Image 2020-12-01 at 8.51.31 PM (3).jpeg

WhatsApp Image 2020-12-01 at 8.51.31 PM (4).jpeg

Created at 02/12/2020 11:27 by Rosmaria Binti Hj Ibrahim
Last modified at 02/12/2020 11:27 by Rosmaria Binti Hj Ibrahim