Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

HARI TERBUKA BELIA DAERAH TEMBURONG 2020

DSC_8470.JPG

​TEMBURONG – Ahad, 02 Safar 1442 bersamaan 20 September 2020, bertempat di Ruang Legar Kedai Pekan Bangar, Temburong telah diadakan Majlis Pelancaran Hari Terbuka Belia Daerah Temburong 2020 yang dianjurkan oleh Biro Belia Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Temburong dengan kerjasama Jabatan Daerah Temburong dan Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Temburong.

Hari Terbuka Belia Daerah Temburong 2020 tersebut telah pun disempurnakan oleh Yang Mulia Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim, Pemangku Pegawai Daerah Temburong. Hadir di Majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dayang Khairunnisa bin Awang Haji Ash'ari, Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Yang Mulia Dayang Mariam binti Ulat, Pemangku Pengarah Belia dan Sukan. Turut hadir Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan Ketua-Ketua Cawangan Daerah Temburong.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dan seterusnya ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Bersama Majlis. Majlis diteruskan dengan ucapan tetamu kehormat dan kemudiannya dengan penyampaian sijil-sijil kepada para persatuan, pergerakan dan kelab belia yang ikut serta. Setelah itu, majlis pelancaran Hari Terbuka Belia Daerah Temburong 2020 disempurnakan oleh tetamu kehormat dan diteruskan dengan lawatan ke pameran-pameran yang ada.

 Hari Terbuka Belia Daerah Temburong 2020 merupakan inisiatif atau usaha Biro Belia Majlis Perundingan Mukim dan Kampung untuk menekankan pentingnya agenda pembangunan negara dalam menghasilkan belia yang berpengetahuan, berkemahiran dan berjaya selaras dengan Wawasan Negara 2035. Selain itu, ia adalah salah satu platform dan usaha bagi Biro Belia Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung untuk mengerakaktifkan pergerakan belia di daerah ini.

Adapun tujuan dan objektif bagi mengadakan acara ini adalah untuk mengumpulkan dan mendedahkan persatuan- persatuan dan kelab-kelab belia di seluruh negara kepada golongan belia yang lain khususnya di daerah ini. Ianya diharapkan akan mendorong belia-belia ini untuk sentiasa mengikuti aktiviti atau inisiatif yang berkaitan dengan pembangunan belia dan negara dan juga agar para belia akan lebih peka dengan isu-isu semasa, isu-isu global, isu-isu alam sekitar serta mempelajari cara-cara untuk mengatasinya. Selain daripada itu tujuan ianya diadakan ialah untuk menekankan peranan belia bukan sahaja terhad kepada meningkatkan kedayaupayaan diri sendiri malahan juga untuk membantu dalam menggerakkan masyarakat serta rakan-rakan sebaya ke arah menyahut hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035. Ini adalah selaras dengan kedudukan belia sebagai pelapis negara di masa hadapan.

Belia adalah merupakan aset yang amat berharga dan merupakan tonggak serta kekuatan masa depan bagi negara. Oleh itu, untuk mewujudkan belia yang cemerlang para belia perlu terus berusaha untuk meningkatkan kebolehan, kemahiran dan terus melipatgandakan usaha ke arah meningkatkan semangat ingin maju, berpenglibatan dan bertanggungjawab dalam semua bidang yang diceburi.

Seramai 12 persatuan, pergerakan dan kelab belia ikut serta Hari Terbuka Belia Daerah Temburong. Antara aktiviti menarik adalah seperti pameran, kuiz, peraduan mewarna dan sebagainya. 

DSC_8470.JPG

DSC_8714.JPG

DSC_8523.JPG

DSC_8641.JPG

Created at 21/09/2020 08:53 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 21/09/2020 08:53 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang