BANDAR SERI BEGAWAN - Hari Ahad, 23 Februari 2020, Jabatan Daerah Temburong seperti tahun-tahun sebelumnya, tidak ketinggalan untuk turut serta dalam Perbarisan Lalu Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke 36 Tahun, 2020. Penyertaan dari Jabatan Daerah Temburong diketuai oleh Yang Mulia Awang Mohamad Khairul Shahrul bin Haji Duahim, Pemangku Pegawai Daerah Temburong yang disertai seramai 80 peserta terdiri daripada Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Temburong, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung dan Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung.

