Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

UPACARA MENAIKKAN BENDERA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN

DSC_0299.JPG

​TEMBURONG – Hari Ahad, 11 Jamadilakhir 1441 bersamaan 16 Februari 2020, bertempat di Kawasan Lapang Pentas Perayaan, Pekan Bangar telah berlangsung Upacara Menaikkan Bendera Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke 36 Tahun, 2020 bagi Daerah Temburong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Awang Abdul Ghani bin Haji Othman, Pemangku Pegawai Daerah Temburong. Turut hadir Yang Mulia Pengiran Muhaimin bin Pengiran Haji Mustapha, Pemerintah Daerah Polis Temburong dan Yang Mulia Awang Mohamad Khairul Shahrul bin Haji Duahim, Penolong Pegawai Daerah selaku Pengerusi  Bersama Majlis, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Ketua-Ketua Cawangan Jabatan-Jabatan Kerajaan Daerah Temburong, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung, Persatuan Beruniform dan NGO's, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dan pihak Swasta.

Aturcara majlis telah dimulai dengan Bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan pasukan membawa bendera Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Yang Mulia Awang Mohamad Khairul Shahrul bin Haji Duahim, Penolong Pegawai Daerah Temburong selaku Pengerusi Bersama Majlis untuk diserahkan kepada Yang Mulia Pemangku Pegawai Daerah Temburong selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya diserahkan kepada pasukan Polis Diraja Brunei bagi Upacara menaikkan Bendera Negara Brunei Darussalam. Ini disusuli dengan Lagu Kebangsaan "Allah Peliharakan Sultan" dan kemudiannya lagu "Bendera Negara" dan Lagu "Brunei Bumi Bertuah" daripada pasukan koir daripada Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar. Acara kemudiannya diteruskan dengan penyerahan Bendera Negara Brunei Darussalam kepada Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Cawangan Jabatan-Jabatan Kerajaan Daerah Temburong dan "Program Belia Cinta Tanahair".

Dari detik 16 Februari 2020 ini bermulalah berkibarnya Bendera Negara Brunei Darussalam. Bagi Pengiran-Pengiran dan Orang Yang Bergelar hendaklah mengibarkan bendera peribadi mereka di rumah kediaman masing-masing, manakala bagi orang ramai, bangunan-bangunan kerajaan dan permis-permis perniagaan hendaklah mengibarkan bendera Negara Brunei Darussalam di tempat masing-masing bermula pada hari ini 16 Februari 2020 sehingga 25 Februari 2020.

DSC_0281.JPG

DSC_0370.JPG

Created at 17/02/2020 16:32 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 17/02/2020 16:32 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang