Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

PERLAWANAN BOLA SEPAK PERSAHABATAN DI ANTARA WARGA JABATAN DAERAH TEMBURONG DENGAN KELAB BOLA SEPAK STONEVILLE

DSC_8097E.jpg

​TEMBURONG - Hari Selasa, 10 Jamadilakhir 1441 bersamaan 04 Februari 2020, bertempat di Kompleks Sukan Batu Apoi diadakan Perlawanan Bola Sepak Persahabatan di antara Warga Jabatan Daerah Temburong dan kalangan pemimpin akar umbi dan Kelab Bola Sepak Stoneville.

Ikut serta dalam perlawanan persahabatan di antara warga Jabatan Daerah Temburong dan Kelab Bola Sepak Stoneville tersebut ialah Yang Mulia Awang Abdul Ghani bin Haji Othman, Pemangku Pegawai Daerah Temburong.

Insiatif dan aktiviti tersebut adalah satu usaha jabatan untuk memantapkan lagi perpaduan dan keharmonian masyarakat. Dengan aktiviti sukan dan riadah ini, secara tidak langsung mengeratkan silaturahim dan juga mengeratkan perpaduan masyarakat di antara jabatan dan juga pihak swasta.

Antara objektif ianya diadakan adalah untuk memartabatkan dan menyemarakan lagi keharmonian masyarakat Daerah Temburong melalui sukan riadah. Dan merupakan satu petanda positif dan menjadi acara aktiviti yang boleh dibuat dari masa ke semasa.


DSC_8010.JPG

DSC_8196E - Copy.jpg

Created at 08/02/2020 14:48 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 08/02/2020 14:48 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang