Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS SEMBAHYANG SUNAT HAJAT BERJEMAAH DAN MEMBACA RATIB AL-ATTAS SEMPENA TAHUN BAHARU MASEHI 2020

WhatsApp Image 2020-01-28 at 7.53.17 AM.jpeg

​TEMBURONG - Hari Isnin, 02 Jamadilakhir 1441 bersamaan 27 Januari 2020, bagi menyambut kedatangan tahun baharu masehi 2020, Jabatan Daerah Temburong telah mengadakan Majlis Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah dan Membaca Ratib Al-Attas yang diadakan pada jam 02.45 petang bertempat di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Temburong.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Abdul Ghani bin Haji Othman, Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Yang Mulia Awang Haji Jamil bin Haji Abd Ghani, Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong dan Yang Mulia Awang Mohamad Khairul Shahrul bin Haji Duahim, Penolong Pegawai Daerah Temburong. Turut hadir Murid-Murid daripada Sekolah Ugama Pengiran Muda Mohamed Bolkiah Temburong, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung berserta Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Temburong dan Jabatan Hal Ehwal Ugama Temburong.

Majlis didahului dengan Sembahyang Sunat Hajat dan kemudiannya diteruskan dengan membaca Ratib Al-Attas yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Safwan bin Zolkipli, Imam Masjid Pengiran Haji Abu Bakar, Kampung Bokok, Temburong. Acara kemudiannya diteruskan dengan tazkirah petang yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Jamil bin Haji Abd Ghani, Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong dan kemudiannya diakhiri dengan Sembahyang Fardhu Asar.

Antara tujuan majlis diadakan selain merapatkan silaturahim di antara Pegawai dan Kakitangan ianya juga bertujuan bagi memohon keberkatan, rahmat dan kesejahteraan bagi tahun 2020 ini agar segala apa jua perancangan dan juga aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun 2020 akan berjalan lancar dan mendapat keberkatan.

WhatsApp Image 2020-01-28 at 7.53.17 AM (3).jpeg

WhatsApp Image 2020-01-28 at 7.53.17 AM (1).jpeg

WhatsApp Image 2020-01-28 at 7.53.17 AM (2).jpeg

Created at 28/01/2020 08:18 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 28/01/2020 08:18 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang