Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

PESTA PERPADUAN MASYARAKAT MUKIM KAMPUNG D’ KARANGAN [2PMK] 2019

WhatsApp Image 2019-12-08 at 3.29.58 PM.jpeg

​TEMBURONG - Ahad, 11 Rabiulakhir 1441 bersamaan 08 Dismber 2019, berlangsungnya Pelancaran Pesta Perpaduan Masyarakat Mukim Kampung D' Karangan [2PMK] 2019 yang diadakan di Kawasan Taman Batang Duri, Mukim Amo, Daerah Temburong.

Dalam usaha mengembangmajukan sosio-ekonomi masyarakat dan memantapkan perpaduan dan keharmonian masyarakat dan juga masyarakat yang berpenglibatan dan bersepadu, Majlis Perundingan Mukim Amo dengan kerjasama Jabatan Daerah Temburong telah mengadakan Pesta Perpaduan Masyarakat Mukim Kampung D' Karangan bagi tahun 2019.

Hadir dan kemudiannya menyempurnakan pelancaran Pesta Perpaduan Masyarakat Mukim Kampung D' Karangan ialah Yang Mulia Awang Abdul Ghani bin Haji Othman, Pemangku Pegawai Daerah Temburong. Turut hadir Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara; Penghulu Mukim Bokok dan Pemangku Penghulu Mukim Bokok selaku Pengerusi Pesta Perpaduan Masyarakat Mukim Kampung D' Karangan Yang Mulia Awang Mohamad Khairul Shahrul bin Haji Duahim, Penolong Pegawai Daerah Temburong, Ketua-Ketua Cawangan, Jemputan-Jemputan Khas serta Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung.

Beberapa aktiviti telah pun disusun untuk menarik para pengunjung yang datang ke Pesta tersebut. Antaranya aktiviti tersebut ialah; Acara Mukim-Mukim; yang berbentuk sukan dan pelbagai aktiviti yang dikendalikan oleh setiap mukim, Jualan Produk 1K1P dan keusahawanan Kampung, 'Carboot Sales', Bintang Karangan, Lawatan ke Mini Zoo Taman Batang Duri dan Pameran daripada Jabatan-Jabatan Kerajaan.

Insiatif Pesta Perpaduan Masyarakat Mukim Kampung D' Karangan yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Mukim Amo dengan kerjasama Jabatan Daerah Temburong adalah merupakan satu langkah bagi menambah tarikan dan kemeriahan yang terdapat di Daerah Temburong selain itu, menghidupkan kembali kemeriahan dan keceriaan Pesta Karangan.

Adalah objektif Pesta tersebut diadakan adalah untuk memartabatkan lagi perpaduan dan keharmonian masyarakat di Daerah Temburong dan juga menggalakan masyarakat khususnya keluarga di Daerah Temburong untuk membina keluarga yang penuh keceriaan, kebahagiaan dan harmoni. Selain itu, pesta juga bertujuan untuk memeriahkan lagi suasana di Daerah Temburong di musim cuti persekolahan.

Dengan adanya acara tersebut, diharapkan memberikan peluang ekonomi kepada penduduk tempatan dalam usaha untuk mengembangmajukan sosio-ekonomi dan memberikan peluang kepada penduduk setempat untuk sama-sama menyumbang kepada pembangunan ekonomi di Daerah Temburong.

WhatsApp Image 2019-12-08 at 3.29.58 PM (1).jpeg

WhatsApp Image 2019-12-08 at 3.29.58 PM.jpeg

WhatsApp Image 2019-12-08 at 3.30.25 PM (1).jpeg

WhatsApp Image 2019-12-08 at 3.30.25 PM.jpeg

WhatsApp Image 2019-12-08 at 3.30.25 PM (2).jpeg


Created at 09/12/2019 11:06 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 09/12/2019 11:06 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang