TEMBURONG - Isnin, 25 November 2019, Seramai 15 peserta terdiri daripada Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Temburong telah mengikuti kursus ‘Fire Marshal’ selama 3 hari bermula 25 November sehingga 27 November yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Cawangan Operasi ‘G’, bertempat di Dewan Serbaguna, Kompleks Utama Bumiputera, Pekan Bangar Temburong.


