Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

PERASMIAN TAMU BASAR TEMBURONG

WhatsApp Image 2019-11-30 at 2.35.39 PM (2).jpeg

TEMBURONG - Hari Sabtu, 30 November 2019, Majlis Perasmian Tamu Basar Temburong telah diadakan di Tamu Aneka Temburong, Pekan Bangar, Daerah Temburong.

Dalam usaha mengembangmajukan sosio-ekonomi masyarakat dan meningkatkan masyarakat yang berpenglibatan dan bersepadu, Jabatan Daerah Temburong melalui Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan telah mengadakan pembukaan rasmi Tamu Basar Temburong.

Hadir selaku Tetamu kehormat Yang Mulia Awang Abdul Ghani bin Haji Othman, Pemangku Pegawai Daerah Temburong. Turut hadir Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Suhaili, Pemangku Penolong Pegawai Daerah Temburong, Ketua-Ketua Cawangan Jabatan-Jabatan Kerajaan Daerah Temburong, Jemputan-Jemputan Khas dan Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung. Perasmian Tamu Basar Temburong disempurnakan oleh Tetamu Kehormat berserta Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung selaku pemimpin akar umbi.

Insiatif mengadakan Tamu Basar Temburong yang dianjurkan oleh Jabatan Daerah Temburong adalah merupakan satu langkah bagi menambah tarikan dan kemeriahan Pekan Bangar dengan aktiviti perekonomian. Konsep Tamu Basar Temburong adalah membeli belah terbuka di mana penjaja dan peniaga kecil diberikan peluang untuk menyewa petak-petak yang ditawarkan dan diharapkan menjana suasan santai dengan harga yang berpatutan.

Antara objektif Tamu Basar Temburong diadakan adalah untuk memberikan peluang perniagaan kepada peniaga-peniaga baru yang berkecimpung di dalam bidang keusahawanan. Selain itu, ia adalah satu platform untuk para peniaga bagi mengembangmajukan perniagaan yang sedia ada dan juga merupakan insiatif Jabatan bagi meningkatkan lagi tahap sosio-ekonomi Negara khususnya di Daerah Temburong.

Dengan pembukaan rasmi tersebut, Tamu Basar Temburong yang diadakan pada setiap hari sabtu akan bermula jam 06.30 pagi. Sebanyak 40 petak ditawarkan yang diharapkan akan memeriahkan lagi suasana Pekan Bangar di samping memberikan peluang untuk meningkatkan ekonomi dalam kalangan penduduk tempatan. 

WhatsApp Image 2019-11-30 at 2.35.39 PM (2).jpeg

WhatsApp Image 2019-11-30 at 2.35.39 PM.jpeg

WhatsApp Image 2019-11-30 at 2.35.39 PM (1).jpeg

Created at 30/11/2019 15:05 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 30/11/2019 15:07 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang