Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

GOTONG ROYONG MAJLIS PERUNDINGAN KAMPUNG PIASAU-PIASAU

WhatsApp Image 2019-11-22 at 10.23.09 AM (2).jpeg

​TEMBURONG - Jumaat, 22 November 2019, jam 08.00 pagi telah diadakan gotong royong membersihkan kawasan Rumah Warga Emas Awang Ahmad bin Momin, Kampung Piasau-Piasau yang dikendalikan oleh Majlis Perundingan Kampung Piasau-Piasau.

Gotong royong yang merupakan aktiviti tahunan Majlis Perundingan Kampung Piasau-Piasau disertai oleh Yang Mulia Awang Abdul Ghani bin Haji Othman, Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Mesyuarat Negara selaku Penghulu Mukim Bokok, Yang Mulia Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Suhaili, Pemangku Penolong Pegawai Daerah Temburong dan Yang Mulia Awang Haji Sulaiman bin Haji Nasir, Pemangku Ketua Kampung Piasau-Piasau. Turut hadir menyertai gotong royong tersebut ialah Ahli-Ahli Majlis Perundingan Kampung Piasau-Piasau dan penduduk kampung sekitarnya.

Di antara objektif gotong royong itu diadakan adalah untuk sama-sama menggerakkan Ahli-Ahli Majlis Perundingan Kampung. Selain daripada itu, kegiatan kemasyarakatan ini bertujuan untuk membantu warga emas yang memerlukan bantuan disamping mengeratkan lagi silaturahim dan kerjasama penduduk kampung dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung.

Selain daripada itu juga, tujuan mengadakan gotong royong tersebut adalah untuk membudayakan masyarakat kampung tentang kepentingan kebersihan di alam sekitar dan memupuk rasa tanggungjawab dalam kalangan Ahli-Ahli Majlis Perundingan Kampung dan penduduk kampung untuk mengekalkan gaya hidup sihat.

WhatsApp Image 2019-11-22 at 10.23.09 AM (1).jpeg

WhatsApp Image 2019-11-22 at 10.23.09 AM.jpeg

WhatsApp Image 2019-11-22 at 10.23.09 AM (3).jpeg

Created at 23/11/2019 15:57 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 23/11/2019 15:57 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang