Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

UPACARA PENURUNAN BENDERA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN

DSC_8413.JPG

TEMBURONG -  Hari Selasa, 31 Julai 2019 bertempat di Kawasan Lapang Dermaga Pekan Bangar telah berlangsung Upacara Penurunan Bendera Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-73 bagi Daerah Temburong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Awang Abdul Ghani bin Haji Othman, Pemangku Pegawai Daerah Temburong. Turut hadir, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Sambutan Perayaan Peringkat Daerah Temburong, Ketua-Ketua Cawangan, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung.

Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah oleh Yang Mulia Haji Md Zin bin Haji Kulla, Pemangku Imam Masjid Kampung Piasau-Piasau dan kemudiannya Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam. Acara kemudiannya diteruskan dengan Upacara Penurunan Bendera Negara Brunei Darussalam dan penyerahan bendera tersebut kepada Tetamu Kehormat Majlis.

Dengan Upacara Penurunan Bendera ini menandakan berakhirnya pengibaran bendera bagi semua rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-73 Tahun. Sehubungan dengan itu, orang ramai disarankan untuk menurunkan bendera masing-masing termasuklah di rumah-rumah kediaman, bangunan-bangunan kerajaan dan swasta.

DSC_8280.JPG

DSC_8378.JPG

Created at 31/07/2019 16:44 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 31/07/2019 16:44 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang