Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PENGHULU-PENGHULU MUKIM DAN KETUA-KETUA KAMPUNG DAERAH TEMBURONG SERTA PEGAWAI DAN KAKITANGAN JABATAN DAERAH TEMBURONG

DSC_6759.JPG

​TEMBURONG – Hari Sabtu, 25 Jamadilakhir 1440 bersamaan 02 Mac 2019, bertempat di Dewan Muafakat, Bangunan Jabatan-Jabatan Kerajaan, Pekan Bangar, Temburong telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung Daerah Temburong serta Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Temburong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Awang Mohamad Yassin bin Haji Ahmed, Pemangku Pegawai Daerah Temburong. Turut hadir, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Yang Mulia Awang Mohammad Khairul Shahrul bin Haji Duahim Penolong Pegawai Daerah Temburong berserta Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Temburong.

Majlis Khatam Al-Quran Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung Daerah Temburong serta Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Temburong dimulakan sebaik sahaja bacaan Surah Al-Fatihah oleh tetamu kehormat majlis. Majlis kemudiaannya diteruskan dengan bacaan takhtim, doa khatam dan dikir marhaban yang diketuai oleh Yang Mulia Md Syahmi bin Haji Tuah, Pemangku Ketua Kampung Puni. Majlis kemudiannya disudahi dengan bacaan Doa Penutup oleh Yang Mulia Awang Haji Matzin bin Haji Awang, Penghulu Mukim Batu Apoi.   

Majlis Khatam Al-Quran Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung Daerah Temburong serta Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Temburong adalah salah satu aktiviti dan projek tahunan Jabatan Daerah Temburong.

DSC_6760.JPG

DSC_6816.JPG

DSC_6998.JPG

Created at 02/03/2019 11:09 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 02/03/2019 11:09 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang