Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksCarta Bahagian Perkhidmatan Korporat dan Kewangan

ADMIN.png

Fungsi dan Peranan Bahagian Perkhidmatan Korporat dan Kewangan 


Bahagian PerkhiDmatan KorpOrat dan Kewangan.png

 

 

(1) Unit Pentadbiran

FUNGSI DAN PERANAN:

 

  • Mengawal dan mengendalikan hal ehwal pentadbiran Jabatan Daerah Temburong samada yang bergaji bulan, sebulan ke sebulan, open vote, gaji hari dan kontrak; 
  • Mengurus dan mengema​​skini data Sistem Sumber Manusia;
  • Memproses permohonan kenaikkan gaji, cuti, pertukaran pegawai dan kakitangan dan elaun-elaun;
  • Mengawal permohonan keluar pejabat dan keluar negeri;
  • Memastikan perlaksanaan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Awam yang berkuatkuasa pada masa ini;
  • Memeduli kesejahteraan pegawai dan kakitangan;
  • Mengadakan dan menguruskan program pembangunan kapasiti pegawai dan kakitangan jabatan seperti talk series, taklimat kursus dan seumpamanya dari agensi kerajaan;
  • Menguruskan penghantaran dan penerimaan persuratan Jabatan;
  • Meningkatkan kualiti pengurusan organisasi dalaman dan/atau memperbaharui proses-proses pentadbiran Jabatan Daerah Temburong dari masa ke semasa.

     

(2) Unit kewangan

FUNGSI DAN PERANAN:
 

  • Mengawal dan memantau perbelanjaan Jabatan selaras dengan peruntukan yang dibenarkan pada setiap tahun kewangan;
  • Memastikan perlaksanaan Peraturan-Peraturan Kewangan yang sedang berkuatkuasa pada masa ini;
     
  • Memproses bayaran-bayaran gaji dan elaun-elaun pegawai dan kakitangan Jabatan;
  • Memproses pembayaran-pembayaran bagi setiap perbelanjaan Jabatan;
  • Mengutip hasil-hasil Jabatan;
  • Sebagai urusetia dalam Jawatankuasa Sebutharga Jabatan;
  • Menambahbaik dan/atau memperbaharui​​ proses-proses kewangan Jabatan Daerah Temburong dari masa ke semasa.


(3) Unit Perumahan dan Penginapan

FUNGSI DAN PERANAN:

  • ​Mengemaskini senarai perumahan dibawah kawalan Jabatan Daerah Temburong;
  • Mengemaskini senarai penghuni-penghuni rumah dan/atau flat dibawah kawalan Jabatan;
  • Menerima dan menyenaraikan permohonan-permohonan bagi perumahan Jabatan;
  • Sebagai urusetia kepada Jawatankuasa Perumahan Jabatan Daerah Temburong dalam menimbangkan setiap permohonan baru, pindah dan/atau penyambungan rumah sewa awam;
  • Mendaftar kemasukan penyewa / penghuni yang menginap di rumah persinggahan kerajaan;
  • Memastikan kawasan dan bilik-bilik di rumah persinggahan kerajaan adalah dalam keadaan bersih, baik dan terpelihara;
  • Memastikan bilik-bilik dalam keadaan baik sebelum penyewa / penghuni check-in dan setelah penyewa / penghuni check-out;
  • Menambahbaik dan/atau memperbaharui proses-proses perumahan dan penginapan dibawah Jabatan Daerah Temburong dari masa ke semasa.