Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL LANTIKAN KETUA KAMPUNG TINGKAT II, KAMPUNG AMO, MUKIM AMO, DAERAH TEMBURONG

DSC_5554.JPG

TEMBURONG - Hari Jumaat 18 Januari 2019, Majlis Penyampaian Sijil Lantikan Ketua Kampung Tingkat II, Kampung Amo, Mukim Amo, Daerah Temburong telah diadakan pada 12 Jamadilawal 1440 bersamaan 18 Januari 2019 bertempat di Rumah Panjang Kampung Amo B, Kampung Amo, Daerah Temburong.

Hadir bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil Lantikan ialah Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Hadir sama di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Awang Mohammad Khairul Shahrul bin Haji Duahim, Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Pemangku Ketua-Ketua Kampung dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Amo serta penduduk Kampung Amo.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Yang Mulia Awang Mahdini bin Kamis, Imam Masjid Kampung Selangan dan disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Awang Mohammad Khairul Shahrul bin Haji Duahim, Pemangku Pegawai Daerah Temburong. Seterusnya ucapan daripada Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil lantikan kepada Yang Mulia Awang Hujan anak Muit, Ketua Kampung Tingkat II, Kampung Amo, Mukim Amo, Daerah Temburong oleh tetamu kehormat Majlis. Ketua Kampung yang baru dilantik kemudiannya membacakan ikrar dan menandatangani Ikrar Taat Setia di hadapan tetamu kehormat dan hadirin. Majlis disudahi dengan bacaan Doa Selamat.

Yang Mulia Awang Hujan bin Muit adalah calon tunggal bagi Ketua Kampung Amo semasa Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Amo, Mukim Amo, Temburong yang diadakan pada 23 September 2018.

Kampung Amo mempunyai keramaian penduduk lebih kurang seramai 600 orang. Kampung Amo juga adalah salah satu kampung di bawah tadahan Mukim Amo yang mempunyai penduduk seramai 2,233 orang dan merupakan kampung kedua terbesar keramaiannya di mukim tersebut selepas Kampung Selangan, Parit dan Biang Menengah.

DSC_3287.JPG

DSC_5597.JPG

Created at 19/01/2019 08:30 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 19/01/2019 08:55 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang