Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN ‘BACK TO SCHOOL’ KEPADA ANAK-ANAK YATIM DAERAH TEMBURONG

DSC_5383.JPG

​TEMBURONG - Hari Selasa, 10 Rabiulakhir 1440 bersamaan 18 Disember 2018, jam 09.00 pagi bertempat di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar Temburong telah berlangsung Majlis Penyampaian Sumbangan 'Back to School" kepada Anak-Anak Yatim Daerah Temburong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Mohammad Khairul Shahrul bin Haji Duahim, Pemangku Pegawai Daerah Temburong dan selaku Penasihat Tabung Derma Anak-Anak Yatim Daerah Temburong, Yang Mulia Awang Abdul Haadi Arif bin Haji Abdul Lakim, Pemangku Penolong Pegawai Daerah selaku Pengerusi Majlis, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Ketua-Ketua Cawangan dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Tabung Derma Anak-Anak Yatim Daerah Temburong berserta Anak-Anak Yatim Daerah Temburong.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan kemudiannya Bacaan Tahlil berserta Doa diketuai oleh Yang Mulia Norezam bin Zaini, Imam Masjid Kampung Belais. Acara kemudiannya diteruskan dengan penyampaian sumbangan derma daripada Tabung Anak-Anak Yatim Daerah Temburong kepada seramai 211 orang penerima yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis.

Dengan adanya sumbangan derma ini nanti diharapkan akan dapat meringankan beban perbelanjaan anak-anak yatim untuk membeli keperluan persekolah yang akan bermula di awal bulan januari tahun depan.

DSC_5362.JPG

DSC_5364.JPG

DSC_5367.JPG

DSC_5441.JPG

DSC_5464.JPG

Created at 18/12/2018 11:11 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 18/12/2018 11:11 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang