Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

JERAYAWARA SKIM PENGHULU MUKIM DAN KETUA KAMPUNG BAGI DAERAH TEMBURONG

DSC_2882.JPG

TEMBURONG - 4 OKTOBER 2018 – Jerayawara mengenai Skim Penghulu Mukim dan Ketua Kampung dilaratkan lagi ke Daerah Temburong pada hari ini. Jerayawara tersebut telah diadakan di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyaratan Pekan Bangar, Daerah Temburong. 

Jerayawara tersebut adalah bertujuan untuk memberigakan lagi Kekosongan Jawatan-Jawatan Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung khususnya bagi kekosongan jawatan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung di Daerah Temburong yang mana mula diiklankan pada 1 hb Oktober 2018 dan dibukakan sehingga 31 Oktober 2018.

Selain daripada itu juga, Jerayawara ini juga diadakan untuk memberi pendedahan secara terperinci kepada orang ramai mengenai tatacara, proses, syarat persyaratan kelayakan, peranan serta tanggungjawab bagi menjawat jawatan Penghulu Mukim atau Ketua Kampung yang terdapat dalam Skim Penghulu Mukim dan Ketua Kampung.

Bagi Daerah Temburong terdapat sebanyak Enam (6) Kekosongan Jawatan sebagai Ketua Kampung. Senarai kekosongan adalah seperti berikut:-

 Kekosongan Jawatan Ketua Kampung mengikut Kampung:-

  1. Kampung Belais dan Buda-Buda, Mukim Bokok
  2. Kampung Belingos, Mukim Bangar
  3. Kampung Menengah, Mukim Bangar
  4. Kampung Selangan, Parit dan Biang Menengah, Mukim Amo
  5. Kampung Batu Apoi, Mukim Batu Apoi
  6. Kampung Tanjung Bungar, Mukim Batu Apoi

Bagi penduduk Daerah Temburong yang berhasrat untuk menghadapkan pencalonan bagi kampung-kampung yang berkenaan, bolehlah mendapatkan Borang Pencalonan di Jabatan Daerah Temburong. Borang hendaklah diisikan dengan lengkap (ditandatangani oleh calon berkenaan, seorang pencadang dan 2 orang penyokong). Borang-borang hendaklah dikembalikan semula ke Jabatan Daerah Temburong tidak lewat 31hb Oktober 2018.

Manakala keterangan lanjut mengenai jawatan-jawatan kosong di Mukim dan Kampung yang berkenaan, bolehlah diperolehi dari Unit Institusi Mukim dan Kampung di Jabatan-Jabatan Daerah masing-masing.

Hadir bagi memberikan taklimat tersebut ialah Yang Mulia Awang Mohammad Khairul Shahrul bin Haji Duahim, Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai-Pegawai Jabatan Daerah Temburong serta orang ramai yang hadir. 

DSC_2913.JPG

Created at 04/10/2018 15:09 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 04/10/2018 15:09 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang