Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PENGUNDIAN DAN PEMILIHAN CALON KETUA KAMPUNG AMO, MUKIM AMO, DAERAH TEMBURONG

DSC_2741.JPG

TEMBURONG – Hari Ahad, 13 Muharram 1440 bersamaan 23 September 2018 bertempat di Dewan Sekolah Rendah Amo, Mukim Amo, Temburong diadakan Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Amo, Mukim Amo, Daerah Temburong.

Aturcara Majlis tersebut dimulakan dengan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dan kemudiannya diteruskan dengan ucapan daripada Yang Mulia Awang Mohamad Khairul Shahrul bin Haji Duahim, Pemangku Pegawai Daerah Temburong selaku Pengerusi Majlis. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan daripada calon Ketua Kampung Amo Yang Mulia Awang Hujan anak Muit. Majlis kemudiannya diteruskan dengan taklimat penerangan tatacara pemilihan dan pengundian calon oleh Yang Mulia Ampuan Noorirawaty binti Ampuan Haji Razid, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Ketua Bahagian Institusi Mukim dan Kampung, Jabatan Daerah Temburong.

Selesai sahaja taklimat penerangan tatacara dan pengundian ketua kampung, acara pengundian di jalankan. Setelah pengundian ditutup, majlis kemudiannya diteruskan dengan pengiraan undi dan pengumuman jumlah undi.

Hadir di Majlis tersebut ialah Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Awang Haji Md Zamree bin Haji Junaidi, Pegawai Pentadbir Kanan dan Yang Mulia Dayang Jaimah binti Tuah, Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan selaku wakil dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Calon tunggal yang layak ialah Awang Hujan anak Muit berusia 53 tahun dan pada masa ini berkhidmat sebagai Ketua Kampung Amo. Beliau telah pun berkhidmat sebagai Ketua Kampung Amo selama hampir 10 tahun bermula pada 01 November 2008. Sebelum ini beliau pernah berkerja di Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi dan di Jabatan Daerah Temburong.

Dari jumlah 148 orang penduduk yang hadir, seramai 145 orang bersetuju manakala 2 orang mengundi tidak setuju.

Keputusan pengundian yang diperolehi akan dibawa dan digunakan dalam menyediakan sokongan yang mana seterusnya dihadapkan kepada ke Lembaga Perjawatan, Disiplin, Tatatertib Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi proses yang selanjutnya.

DSC_2604.JPG

DSC_2605.JPG

DSC_2646.JPG

DSC_2682.JPG

Created at 24/09/2018 15:02 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 24/09/2018 15:02 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang