Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

BANGARKU CERIA

DSC_114000.jpg

TEMBURONG - Hari Ahad 02 September 2018, berlangsungnya acara Bangarku Ceria yang diadakan di Kawasan Dermaga Pekan Bangar, Daerah Temburong.

Dalam usaha meramaikan dam menceriakan lagi Pekan Bangar, Jabatan Daerah Temburong dengan kerjasama Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan yang berkenaan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Temburong, Jabatan Hal Ehwal Ugama Temburong, Jabatan Belia dan Sukan Cawangan  Temburong dan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung melalui Bahagian Institusi Mukim dan Kampung, Jabatan Daerah Temburong mengadakan Bangarku Ceria. Antara pengisian dalam acara Bangarku Ceria adalah seperti tazkirah subuh, walk-in atau audisi Naindong Mekar, pameran, walkaton, senamrobik, 'fun game' dan aktiviti jualan 1K1P dan juga jualan daripada orang ramai.

Hadir di acara Bangarku Ceria ialah Yang Mulia Awang Mohamad Khairul Shahrul bin Haji Duahim, Pemangku Pegawai Daerah Temburong.

Created at 03/09/2018 11:48 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 03/09/2018 11:48 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang