Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PENGAGIHAN DAGING-DAGING KORBAN SUNAT KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN KERABAT BAGINDA TAHUN 1439H / 2018M BAGI DAERAH TEMBURONG

DSC_0885.JPG

TEMBURONG - Hari Rabu, 10 Zulhijjah 1439 bersamaan 22 Ogos 2018 telah diadakan Majlis Pengagihan Daging-Daging Ibadah Korban Sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerabat Baginda Tahun 1439H bersamaan 2018M bagi Daerah Temburong bertempat di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis bagi pengagihan berkenaan ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan. Turut hadir ialah Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Awang Mohamad Khairul Shahrul bin Haji Duahim, Penolong Pegawai Daerah Temburong, Yang Mulia Haji Jamil bin Haji Abdul Ghani, Ketua Pegawai Ugama, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Ahli Jawatankuasa Kerja serta para penerima agihan Daging Ibadah Korban.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Shafrillah bin Haji Ahmad, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Utama Mohd Salleh, Pekan Bangar dan setelah itu Takbir Hari Raya beramai-ramai. Acara diteruskan dengan penyampaian agihan daging korban sunat yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Pada tahun ini, seramai 294 orang telah menerima Agihan Daging Korban Sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta Kerabat Diraja.

DSC_0832.JPG

DSC_0910.JPG

Created at 23/08/2018 10:41 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 23/08/2018 10:41 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang