Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

PERTANDINGAN MENGHAFAZ SURAH-SURAH PILIHAN BERSERTA PEMAHAMAN SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN

DSC_9740.JPG

TEMBURONG - Hari Sabtu, 29 Zulkaedah 1439 bersamaan 11 Ogos 2018  bertempat di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar, Temburong telah berlangsung Pertandingan Menghafaz Surah-Surah Pilihan Berserta Pemahaman Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun bagi Tahun 1439H bersamaan 2018M Peringkat Akhir Daerah Temburong anjuran Majlis Perundingan Mukim Bangar dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir-Takmir Masjid Mukim Bangar dan Jabatan Daerah Temburong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Awang Haji Jamil bin Haji Abd Ghani, Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong.  Turut hadir, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Ketua-Ketua Cawangan dan Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Temburong

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Azry bin Haji Yusof, Imam Masjid Kampung Puni dan kemudiannya pertandingan dimulakan.

Pertandingan Menghafaz Surah-Surah Pilihan Berserta Pemahaman dibahagikan kepada 6 kategori iaitu;

Kategori A [ Kanak-Kanak Lelaki ],

Kategori B [ Kanak-Kanak Perempuan ],

Kategori C [ Remaja Lelaki ],

Kategori D [ Remaja Perempuan ],

Kategori E [ Terbuka Lelaki ] dan

Kategori F [ Terbuka Perempuan ].

Antara tujuan Pertandingan Menghafaz Surah-Surah Pilihan Berserta Pemahaman adalah untuk menyemarakkan dan memeriahkan lagi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun dengan acara-acara keugamaan, selain untuk menambah rasa cinta kepada Al-Quran disamping menjadikan aktiviti membaca Al-Quran sebagai amalan harian. 

DSC_9665.JPG

DSC_9673.JPG


Created at 11/08/2018 12:18 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 11/08/2018 12:18 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang