Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

UPACARA PENURUNAN BENDERA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN

DSC_8775.JPG

​TEMBURONG -  Hari Selasa, 31 Julai 2018 bertempat di Kawasan Lapang Dermaga Pekan Bangar telah berlangsung Upacara Penurunan Bendera Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 bagi Daerah Temburong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Awang Haji Adnan bin Haji Adam, Pemangku Pegawai Daerah Temburong. Turut hadir, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Sambutan Perayaan Peringkat Daerah Temburong, Ketua-Ketua Cawangan, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung.

Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah oleh Haji Mohd Yussof bin Haji Ahad, Imam Masjid Utama Mohd Salleh, Pekan Bangar dan kemudiannya Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam. Acara kemudiannya diteruskan dengan Upacara Penurunan Bendera Negara Brunei Darussalam dan penyerahan bendera tersebut kepada Tetamu Kehormat Majlis.

Dengan Upacara Penurunan Bendera ini menandakan berakhirnya pengibaran bendera bagi semua rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun. Sehubungan dengan itu, orang ramai disarankan untuk menurunkan bendera masing-masing termasuklah di rumah-rumah kediaman, bangunan-bangunan kerajaan dan swasta.

Created at 31/07/2018 17:02 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 31/07/2018 17:02 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang