Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS RAMAH MESRA DAN JUNJUNG ZIARAH BERSAMA RAKYAT SERTA PENDUDUK DAERAH TEMBURONG

DSC_6954.JPG

TEMBURONG -  Hari Selasa, 24 Julai 2018 -  Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat serta Penduduk Daerah Temburong sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-72 bagi Daerah Temburong bertempat di Kawasan Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar, Temburong

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Helipad, Pekan Bangar dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Ke-72 dan Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Awang Haji Adnan bin Haji Adam selaku Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Daerah Temburong bagi Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun serta Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi sambutan.

Berangkat sama, paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

Sejurus berangkat tiba, baginda dijunjung berangkat ke Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Temburong sebelum meneruskan keberangkatan ke Pentas Diraja di kawasan Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar.

Paluan hadrah turut memeriahkan lagi suasana keberangkatan baginda di Pentas Diraja bagi menyaksikan Persembahan Khas bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Temburong.

Sebaik saja baginda berserta kerabat diraja bersemayam di Pentas Diraja, Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' dinyanyikan dan kemudian diikuti dengan laungan 'Daulat Kebawah Duli Tuan Patik' oleh penghulu-penghulu mukim, ketua-ketua kampung, ketua-ketua cawangan dan ahli-ahli jawatankuasa serta masyarakat di daerah ini yang diketuai oleh Ketua Kampung Tanjung Bungar, Yang Mulia Awang Jonlita anak Minggan.

Sejurus itu sembah kesyukuran dan taat setia disembahkan oleh Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Yang Mulia Awang Haji Adnan bin Haji Adam ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Daerussalam berserta kerabat diraja kemudiannya dijunjung bagi menyaksikan Persembahan Khas yang bertemakan 'Raja Prihatin, Mahkota Rakyat dan Baginda kemudiannya dijunjung bagi menerima junjung ziarah daripada rakyat dan penduduk Daerah Temburong.

Sebelum berangkat balik, baginda berserta kerabat diraja lainnya dijunjung berangkat ke Majlis Santap di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar, di mana Baginda dijunjung bagi memotong Kek Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-72 Tahun.

DSC_6834.JPG

DSC_7310.JPG

DSC_6867.JPG

Created at 31/07/2018 15:01 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 31/07/2018 15:01 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang