Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

UPACARA PENGIBARAN BENDERA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE 72 TAHUN BAGI DAERAH TEMBURONG

DSC_5801.JPG

​TEMBURONG - Hari Sabtu, 01 JULAI  2018 bertempat di kawasan Lapang Dermaga, Pekan Bangar telah berlangsung Upacara Pengibaran Bendera Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang ke 72 Tahun bagi Daerah Temburong

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Setiausaha Tetap (Teknikal dan Professional), Kementerian Pembangunan. Turut hadir ialah Yang Mulia Mohammad Khairul Shahrul bin Haji Duahim, Penolong Pegawai Daerah Temburong, Yang Mulia Haji Azree bin Haji Abd Manaf, Pegawai Pemerintah Daerah Polis Temburong selaku Pengerusi Bersama Majlis, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Ketua-Ketua Cawangan dan Persatuan-Persatuan Bukan Kerajaan (NGO).

Majlis telah dimulai dengan bacaan surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Yang Mulia Awang Norezam bin Zaini, Imam Masjid Kampung Belais. Acara didahului dengan penyerahan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam oleh Yang Mulia Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Suhaili, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Jabatan Daerah Temburong kepada Tetamu Kehormat Majlis yang kemudiannya menyerahkan kepada Pasukan Polis Diraja Brunei bagi Upacara Menaikkan Bendera dan disusuli dengan nyanyian lagu Kebangsaan; "Allah Peliharakan Sultan" dan diteruskan dengan Lagu "Bendera Negara" oleh Kumpulan Koir daripada penuntut Sekolah Menengah Sultan Hassan, Bangar Temburong.

Seterusnya tetamu kehormat Majlis menyerahkan bendera Negara Brunei Darussalam kepada Penghulu-Penghulu Mukim untuk diserahkan kepada Ketua-Ketua Kampung dibawah jagaan masing-masing.

Sehubungan itu, orang ramai diminta menaikkan bendera Negara Brunei Darussalam dan bagi orang-orang yang bergelar diminta menaikkan bendera peribadi masing-masing bermula pada 01 Julai 2018 hingga 31 Julai 2018.

DSC_5838.JPG

Created at 02/07/2018 09:16 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 02/07/2018 09:16 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang