Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PENYAMPAIAN DERMA TABUNG ANAK-ANAK YATIM DAERAH TEMBURONG BAGI TAHUN 1439H / 2018M

DSC_5146.JPG

TEMBURONG - Hari Rabu, 13 Ramadhan 1439 bersamaan 29 Mei 2018, jam 11.00 pagi bertempat di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyaratan Pekan Bangar telah berlangsung Majlis Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim Daerah Temburong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Md Amir Hairil bin Awang Haji Mahmud, Pegawai Daerah Temburong dan selaku Penasihat Tabung Derma Anak-Anak Yatim Daerah Temburong. Turut hadir, Yang Mulia Mohammad Khairul Shahrul bin Haji Duahim, Penolong Pegawai Daerah selaku Pengerusi Tabung Derma Anak-Anak Yatim Daerah Temburong, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Ketua-Ketua Cawangan, Jawatankuasa Tabung Derma Anak-Anak Yatim Daerah Temburong sesi 2017-2019, Anak-Anak Yatim Daerah Temburong dan Para Dermawan.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan kemudiannya Bacaan Tahlil berserta Doa Selamat diketuai oleh Yang Mulia Imam Haji Safrilah bin Haji Ahmad, Imam Masjid Utama Mohd Salleh, Pekan Bangar. Acara kemudiannya diteruskan dengan penyampaian sumbangan derma kepada Anak-Anak Yatim Daerah Temburong kepada seramai 218 orang penerima yang telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis Yang Mulia Pegawai Daerah Temburong. Majlis diikuti dengan penyampaian sumbangan derma kepada Tabung Anak-Anak Yatim Daerah Temburong daripada para penderma.

Dengan adanya sumbangan derma ini nanti akan dapat meringankan beban perbelanjaan anak-anak yatim semasa menyambut bulan syawal nanti dan dihasrat kepada anak-anak yatim akan dapat membelanjakan duit berkenaan dengan sebaiknya dan sekali gus dapat menabung bagi kegunaan dimasa hadapan.

DSC_4984.JPG

DSC_5145.JPG


DSC_5161.JPG

DSC_5072.JPG

Created at 30/05/2018 08:00 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 30/05/2018 08:00 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang