Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PEMANTAUAN BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN 72 KALI KHATAM

DSC_4339.JPG

​TEMBURONG - KHAMIS, 10 Mei 2018 – Satu Majlis Pemantauan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran 72 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim Dan Kampung Dan Penuntut-Penuntut Sekolah Seluruh Negara Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Bagi Tahun 2018  diadakan pada hari Khamis, 24 Sya'aban 1439 bersamaan 10 Mei 2018 bermula selepas sembahyang Fardhu Asar berjemaah bertempat di masjid-masjid terpilih disetiap daerah.

Majlis Pemantauan ini adalah kesinambungan dari Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran 72 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim Dan Kampung Dan Penuntut-Penuntut Sekolah Seluruh Negara Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Bagi Tahun 2018 yang telah dilancarkan pada 5hb April 2018 yang lalu. 

Majlis Khatam Al Quran 72 Kali Khatam tersebut adalah bagi memohon doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dilanjutkan usia dan sihat walafiat serta kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan hidayah dan petunjuk Allah Subhanahu Wata'ala. Disamping itu, Majlis ini diadakan bagi menzahirkan kesyukuran rakyat dan penduduk negara ini kepada Allah Subhanahu Wata'ala atas limpah rahmat dan nikmatNya menjadikan Negara Brunei Darussalam di bawah kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sentiasa berada dalam keadaan aman dan sejahtera. Ianya juga diadakan bagi mendukung hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir dengan rakyatnya celik Al-Qur'an.

Peserta-peserta bagi pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran adalah terdiri daripada ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung di keempat-empat daerah seluruh negara mengikut kategori dewasa lelaki, dewasa wanita, belia dan beliwanis (berumur 13 tahun hingga 20 tahun) yang terpilih dan mewakili mukim dan kampung termasuk Penuntut-penuntut sekolah seluruh negara di bawah Kementerian Pendidikan, penuntut-penuntut Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sekolah Arab dan Skim Tilawah Al-Quran remaja dan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur 12 tahun ke bawah yang mewakili daripada Sekolah-Sekolah Arab, Sekolah-Sekolah Ugama dan Skim Khatam Al-Quran di bawah umur 10 tahun. Jumlah keseluruhan penuntut-penuntut ialah seramai 1,708 orang peserta.

Bagi Daerah Temburong, Majlis Pemantauan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran 72 Kali Khatam tersebut telah diadakan di Masjid Utama Muhammad Salleh, Pekan Bangar, Daerah Temburong. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat di Majlis tersebut ialah Yang Mulia, Dr. Haji Azman bin Ahmad, Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan.

Turut hadir sama ialah Pegawai Daerah Temburong, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Pendidikan, Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong,  Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah, Pegawai-Pegawai Ugama, Bilal-Bilal, ahli-ahli Takmir Masjid dan anak-anak buah kampong.

Pada tahun ini, bagi Daerah Temburong, penyertaan adalah berjumlah seramai 182 orang yang terdiri daripada :

  1. Lelaki Dewasa 18 orang

  2. Wanita Dewasa 18 orang

  3. Belia 35 orang

  4. Beliawanis 35 orang

  5. Kanak-Kanak lelaki 33 orang

  6. Kanak-Kanak perempuan 33 orang

  7. Pelajar Kementerian Pendidikan (Lelaki) 5 orang

  8. Pelajar Kementerian Pendidikan (Perempuan) 5 orang

Majlis bermula dengan Bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Tetamu Kehormat dan seterusnya pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran dimulakan.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa khusus bagi memohon doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dilanjutkan usia dan sihat walafiat serta kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan hidayah dan petunjuk Allah Subhanahu Wata'ala. 

A DSC_4324.jpg

DSC_4336.JPG

DSC_4353.JPG

Created at 12/05/2018 09:56 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 12/05/2018 09:56 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang