Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MESYUARAT PERTAMA SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN

DSC_3448.JPG

​TEMBURONG - Hari Khamis, 22 Mac 2018, bertempat di Dewan Utama Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar telah berlangsung mesyuarat pertama Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun  bagi Daerah Temburong.

Hadir mempengerusikan mesyuarat itu ialah Yang Mulia Awang Md Amir Hairil Bin Awang Haji Mahmud, Pegawai Daerah Temburong. Turut hadir ialah Yang Berhormat Awang Haji Emran Bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara.

Antara agenda yang dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut ialah meneliti dan mensahkan kunci kira-kira Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-71 Tahun 2017 bagi Daerah Temburong, melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi dan Pengerusi-Pengerusi Bahagian serta Pengerusi-Pengerusi Acara dan membincangkan format Keberangkatan dan Persembahan Khas berserta acara-acara perayaan Sempena Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun bagi Daerah Temburong.

DSC_3419.JPG

DSC_3442.JPG

Created at 22/03/2018 15:53 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 22/03/2018 15:53 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang