Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

EXPO PRODUK DAERAH TEMBURONG 2021

a7a3e066-c93c-407d-9f7f-48675aeb7a62.jpg

TEMBURONG, Khamis, 04 Mac 2021, Dalam usaha mengembangmajukan sosio-ekonomi masyarakat dan meningkatkan masyarakat yang berpenglibatan dan bersepadu; satu projek perekonomian yang diungkayahkan oleh Majlis Perundingan Mukim Labu dengan kerjasama Jabatan Daerah Temburong telah diadakan iaitu ‘Expo Produk Daerah Temburong 2021’.

Expo juga bertujuan untuk memberikan peluang kepada pengusaha 1K1P untuk menjana pendapatan dan juga merupakan satu langkah untuk menambah tarikan kepada pengunjung-pengunjung dari luar dan dalam daerah serta meningkatkan kemeriahan di Daerah Temburong. Selain daripada itu, ianya bertujuan untuk memberikan peluang kepada pengusaha-pengusaha 1K1P untuk menjual dan mempromosikan produk masing-masing.

Seramai 18 buah Majlis Perundingan Kampung ikut serta dalam Expo Produk Daerah Temburong 2021 termasuk Majlis Perundingan Kampung dari Daerah Brunei Muara, Tutong dan Belait. Beraneka jenis jualan dijual pada expo tersebut seperti produk di bawah projek 1K1P, makanan tempatan, kraftangan anyaman, kraftangan kayu dan sebagainya. Orang ramai adalah dialu-alukan hadir ke Expo Produk Daerah Temburong 2021 bertempat di Kawasan Dermaga Pekan Bangar Temburong bermula hari ini, 04 Mac 2021 sehingga Hari Ahad, 07 Mac 2021, jam 08.00 hingga 05.00 petang.
a7a3e066-c93c-407d-9f7f-48675aeb7a62.jpg
9a6fe000-8c14-4fff-b5eb-40a5fd6c4634.jpg
9acfc3a4-97dd-4811-a03c-a671cca638a3.jpg
aae6b74a-94b7-453c-8a69-9790e0399f82.jpg
cb8721eb-fdfb-42c0-933f-a87d3476e356.jpg


Created at 06/03/2021 16:34 by Mohammad Noor bin Haji Ag. Tuah
Last modified at 06/03/2021 16:34 by Mohammad Noor bin Haji Ag. Tuah