Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

UPACARA PENURUNAN BENDERA BESAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN

DSC_7467 - Copy.JPG

TEMBURONG -  Hari Rabu, 22 Julai 2020 bertempat di Kawasan Lapang Pentas Perayaan, Pekan Bangar telah berlangsung Upacara Penurunan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-74 bagi Daerah Temburong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim, Pemangku Pegawai Daerah Temburong. Turut hadir, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Jemputan Khas dan Penghulu-Penghulu Mukim.

Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah oleh Yang Mulia Mohd Safwan Bin Zolkifle Imam Masjid Pg Haji Abu Bakar, Kampung Bokok dan kemudiannya Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam. Acara kemudiannya diteruskan dengan Upacara Penurunan Bendera Negara Brunei Darussalam dan penyerahan bendera tersebut kepada Tetamu Kehormat Majlis.

 Dengan Upacara Penurunan Bendera ini menandakan berakhirnya pengibaran bendera bagi semua rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-74. Sehubungan dengan itu, orang ramai disarankan untuk menurunkan bendera masing-masing termasuklah di rumah-rumah kediaman, bangunan-bangunan kerajaan dan swasta.


DSC_7467 - Copy.JPG

Created at 22/07/2020 16:38 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 22/07/2020 16:38 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang