Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

UPACARA PENGIBARAN BENDERA BESAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN

AADSC_6478.jpg

TEMBURONG - Hari Rabu, 08 JULAI  2020 bertempat di kawasan Lapang Pentas Perayaan, Pekan Bangar telah berlangsung Upacara Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-74 bagi Daerah Temburong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.  Turut hadir ialah Yang Mulia Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim, Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Penghulu-Penghulu Mukim berserta Jemputan-Jemputan Khas.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Haji Shafrillah bin Haji Ahmad, Imam Masjid Utama Md Salleh, Pekan Bangar dan disusuli dengan penyerahan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam oleh Yang Mulia Awang Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim, Pemangku Pegawai Daerah Temburong kepada Tetamu Kehormat Majlis yang kemudiannya menyerahkan kepada Pasukan Polis Diraja Brunei bagi Upacara Pengibaran    Bendera dan disusuli dengan nyanyian Lagu Kebangsaan; "Allah Peliharakan Sultan" dan diteruskan dengan Lagu "Bendera Negara". Acara kemudiannya diteruskan dengan penyerahan Bendera Negara Brunei Darussalam kepada Penghulu-Penghulu Mukim di Daerah Temburong.

Bermula pada hari ini 08 Julai 2020, seluruh rakyat dan penduduk di daerah ini akan sama-sama menaikkan dan mengibarkan bendera Negara Brunei Darussalam di kediaman masing-masing termasuklah juga bangunan-bangunan kerajaan, premis-premis serta kedai-kedai perniagaan dan bagi orang-orang yang bergelar diminta menaikkan bendera peribadi masing-masing.

AADSC_6478.jpg


Created at 11/07/2020 16:19 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 11/07/2020 16:19 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang