Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PENUTUP BENGKEL PERMAINAN GULINTANGAN KALI PERTAMA

DSC_8813.JPG

​TEMBURONG - Hari Ahad, 15 Jamadilakhir 1441 bersamaan 09 Februari 2020, bagi membentuk dan membina belia sebagai generasi penerus dan memastikan warisan seni budaya Melayu senantiasa dipertahankan dan dipelihara, Majlis Perundingan Kampung Selangan, Parit dan Biang Menengah telah pun mengendalikan Bengkel Gulintangan kali pertama bertempat di Dewan Serbaguna, Tingkat 2, Kompleks Utama Bumiputera, Pekan Bangar Temburong.

Bengkel selama 3 hari yang bermula pada Hari Jumaat 07 Februari tersebut ditutup dengan Majlis Penutup Bengkel Gulintangan yang diadakan pada hari ahad 09 Februari 2020. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Abdul Ghani bin Haji Othman, Pemangku Pegawai Daerah Temburong. Turut hadir Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Penghulu Mukim Bokok dan Pemangku Penghulu Mukim Amo, Yang Mulia Awang Mohamad Khairul Shahrul bin Haji Duahim, Penolong Pegawai Daerah, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung berserta peserta-peserta dan  jurulatih-jurulatih Bengkel Permainan Gulintangan.

Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Do'a dan kemudiannya diteruskan dengan ucapan khas daripada wakil peserta bengkel. Aturacara diteruskan dengan ucapan khas daripada tenaga jurulatih diikuti dengan persembahan khas daripada para peserta. Majlis kemudiannya diakhiri dengan penyampaian sijil yang disempurnakan oleh tetamu kehormat.

Bengkel ini merupakan satu inisiatif Majlis Perundingan Kampung Selangan, Parit dan Biang Menengah bagi memberikan peluang khususnya kepada belia-belia Daerah Temburong atau penduduk-penduduk kampung dalam mempelajari tradisi yang semakin dilupakan terutama dikalangan golongan muda.

Antara tujuan bengkel itu diadakan adalah untuk para belia khasnya belia di Daerah Temburong menanam rasa kepunyaan terhadap warisan seni budaya Brunei di samping menambah ilmu pengetahuan dalam seni tradisi di mana belia adalah generasi seterusnya yang bakal mempertahankan khazanah warisan seni budaya Brunei. Selain daripada itu juga, antara tujuan bengkel diadakan adalah untuk mengekalkan alat muzik tradisional iaitu gulintangan agar tidak pupus kerana ia merupakan budaya tradisi yang diwarisi sejak turun temurun. Ianya juga memberikan ruang kepada Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung untuk mengwujudkan kumpulan pemain-pemain muzik untuk warisan generasi yang akan datang.

Bengkel tersebut disertai oleh para belia seramai 19 orang terdiri daripada wakil-wakil daripada Majlis Perundingan Kampung di Daerah Temburong.

DSC_8874.JPG

DSC_8815.JPG

Created at 13/02/2020 15:51 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 13/02/2020 15:51 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang