Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS DIKIR ROMBONGAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD S.A.W BAGI TAHUN 1441 HIJRAH

DSC_9000.JPG

​TEMBURONG - SABTU, 02 NOVEMBER 2019 – Rombongan Dikir Maulud Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Jabatan-Jabatan di bawahnya diadakan pada hari ini, 05 Rabiulawal 1441H bersamaan 02 November 2019M,  bertempat di Masjid Pg Haji Abu Bakar, Kampung Bokok, Mukim Bokok, Daerah Temburong Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W Bagi Tahun 1441 Hijrah Bersamaan 2019 Masehi.

Majlis telah dihadiri oleh Yang Mulia Awang Abdul Ghani bin Haji Othman, Pemangku Pegawai Daerah Temburong selaku ketua rombongan dan wakil Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Turut hadir Yang Berhormat Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Mesyuarat Negara selaku Penghulu Mukim Bokok, Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung dan Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Temburong. Acara dimulakan dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan diikuti oleh Majlis Dikir Maulud beramai-ramai daripada kumpulan dikir Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung berserta Ahli-Ahli Takmir Masjid.

Majlis Dikir Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya kesinambungan rombongan Kementerian ke daerah-daerah dalam sama-sama menyemarakan hari-hari kebesaran Islam. Seterusnya rombongan dikir maulud akan berkunjung ke Masjid Ar-Rahman, Kampung Tanjong Bunut, Daerah Brunei Muara dan juga sebagai Majlis Penutup Dikir Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya yang akan diadakan pada 07 November nanti.

DSC_8982.JPG

Created at 04/11/2019 10:58 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 04/11/2019 10:58 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang