Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL LANTIKAN KETUA KAMPUNG TINGKAT II, KAMPUNG BOKOK, MUKIM BOKOK, DAERAH TEMBURONG

WhatsApp Image 2019-10-11 at 11.52.08 AM (3).jpeg

TEMBURONG - JUMAAT 11 OKTOBER 2019, Majlis Penyampaian Sijil Lantikan Ketua Kampung Tingkat II, Kampung Bokok, Mukim Bokok, Daerah Temburong telah diadakan pada hari ini, 12 Safar 1441 bersamaan 11 Oktober 2019 bertempat di No.469 Kampung Bokok, Mukim Bokok, Daerah Temburong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Pemangku Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Turut hadir Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Awang Abdul Ghani bin Haji Othman, Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Pemangku Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung Bokok dan penduduk Kampung Bokok.

Atucara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Yang Mulia Awang Safwan bin Zolkipli, Imam Masjid Pengiran Haji Abu Bakar, Kampung Bokok dan kemudiannya diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Awang Abdul Ghani bin Haji Othman, Pemangku Pegawai Daerah Temburong. Seterusnya ucapan daripada Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Pemangku Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian sijil lantikan kepada Yang Mulia Awang Abdullah bin Haji Mahmood, Ketua Kampung Tingkat II, Kampung Bokok, Mukim Bokok, Daerah Temburong oleh tetamu kehormat Majlis dan seterusnya bacaan ikrar selaku ketua kampung yang dilantik.

Setelah pembacaan ikrar, aturcara kemudiannya diteruskan dengan penandatanganan ikrar oleh Yang Mulia Awang Abdullah bin Haji Mahmood, disaksikan oleh Awang Abdul Ghani bin Haji Othman, Pemangku Pegawai Daerah Temburong dan Dayang Jaimah binti Tuah, Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan setelah itu diikuti dengan ucapan daripada Yang Mulia Awang Abdullah bin Haji Mahmood, Ketua Kampung Bokok.

Yang Mulia Awang Abdullah bin Haji Mahmood sebelum ini berkhidmat sebagai Penjaga Malam di Jabatan Pertanian dan Agrimakanan Cawangan Daerah Temburong. Beliau adalah calon tunggal bagi Ketua Kampung Bokok semasa Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Bokok, Mukim Bokok, Temburong yang telahpun diadakan pada 21 September 2018 yang lalu.

Kampung Bokok mempunyai keramaian penduduk lebih kurang 450 orang yang majoritinya berbangsa Melayu. Kampung Bokok juga adalah salah satu kampung di bawah tadahan Mukim Bokok yang keramaiannya adalah sebanyak 3,576 orang. Kampung Bokok merupakan kampung kedua terbesar keramaiannya di Mukim tersebut selepas Kampung Rataie.

WhatsApp Image 2019-10-11 at 11.52.08 AM (1).jpeg

WhatsApp Image 2019-10-11 at 11.52.08 AM (5).jpeg

WhatsApp Image 2019-10-11 at 11.52.08 AM (4).jpeg

WhatsApp Image 2019-10-11 at 11.52.08 AM (6).jpeg

Created at 12/10/2019 09:36 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 12/10/2019 09:36 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang