Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

BANGARKU CERIA

DSC_1564.JPG

TEMBURONG - Hari Ahad, 17 Zulhijjah 1440 bersamaan 18 Ogos 2019, berlangsungnya acara Bangarku Ceria yang diadakan di Kawasan Pekan Bangar, Daerah Temburong.

Dalam usaha meramaikan dan menceriakan lagi Pekan Bangar, Jabatan Daerah Temburong dengan kerjasama Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, agensi-agensi kerajaan dan beberapa persatuan-persatuan telah mengadakan satu acara menjurus kepada aktiviti riadah iaitu acara Bangarku Ceria.

Di antara perisian yang berlangsung semasa acara Bangarku Ceria itu iaitu ialah sembahyang Fardhu Subuh berjemaah dan tazkirah subuh yang bertajuk 'Mu'min Yang Kuat' di Masjid Utama Mohd Salleh, Pekan Bangar. Seterusnya ialah, Peraduan Memancing Udang Galah di Sungai Temburong, Acara Berbasikal sejauh 13 km, Walkaton, Pameran oleh agensi-agensi kerajaan dan persatuan-persatuan, Fun Games dan sebagainya.

Selain itu, jualan produk Satu Kampung Satu Produk (1K1P) daripada Majlis Perundingan Mukim dan Kampung turut memeriahkan acara Bangarku Ceria. Jualan Carboot Sales juga diadakan bertempat di kawasan letak kereta Kedai Rakyat Jati, Pekan Bangar.

Turut hadir menyertai aktiviti Bangaku Ceria ialah, Yang Mulia Awang Abdul Ghani bin Haji Othman, Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Ketua-Ketua Cawangan, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung.

Adalah antara objektif mengadakan Bangarku Ceria ialah untuk menarik orang ramai dari dalam dan luar daerah untuk berkunjung ke Pekan Bangar. Selain daripada itu, ia juga untuk membantu aktiviti perekonomian Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dan juga pengusaha-pengusaha dari kalangan penduduk Daerah Temburon. Pada masa yang sama, Bangarku Ceria juga dapat menjadi pendorong untuk memartabatkan amalan gaya hidup yang sihat di kalangan masyarakat Negara Brunei Darussalam.

DSC_1358.JPG

DSC_1118.JPG

DSC_1641.JPG

DSC_1482.JPG

Created at 18/08/2019 14:49 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 18/08/2019 14:49 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang