Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Lawatan Kerja Pemangku Pegawai Daerah Temburong bersama Agensi-Agensi Kerajaan ke Kampung Temada, Mukim Bokok

DSC_8126.JPG

TEMBURONG - Hari Rabu, 28 Zulkaedah 1440 bersamaan 31 Julai 2019, bagi memantapkan lagi perpaduan agensi-agensi Kerajaan dalam memeduli kesejahteraan serta kebajikan rakyat dan penduduk di Daerah Temburong, satu lawatan kerja yang dipimpin oleh Pemangku Pegawai Daerah Temburong bersama Agensi-Agensi Kerajaan ke Mukim Bokok telah dilaksanakan. Program lawatan kerja yang tertumpu kepada Kampung Temada dan beberapa buah kampung di bawah tadahan Mukim Bokok adalah bertujuan untuk meninjau dan melihat secara lebih dekat perkembangan-perkembangan dan kemudahan yang terdapat di mukim tersebut.

Lawatan kerja tersebut bermula dengan sesi muzakarah bersama penduduk kampung dan agensi-agensi yang berkepentingan bertempat di penghujung Jalan Kampung Temada, Mukim Bokok. Sesi muzakarah tersebut dimulakan dengan taklimat profail Mukim Bokok dan kampung-kampung di bawah tadahannya serta maklumat asas mengenainya daripada Jabatan Daerah Temburong. Seterusnya, Yang Mulia Pemangku Pegawai Daerah Temburong mendengarkan taklimat mengenai dengan perkembangan dan kemudahan asas terutama sekali prasarana yang terdapat di mukim tersebut yang disampaikan oleh agensi-agensi berkepentingan.

 Selepas pemuzakarahan tersebut, Yang Mulia Pemangku Pegawai Daerah Temburong meninjau dan melihat kawasan di Kampung Temada terutama sekali prasarana yang terdapat di Kampung tersebut. Yang Mulia Pemangku Pegawai Daerah Temburong berserta rombongan agensi-agensi kerajaan kemudiannya membuat lawatan ke Ladang KPLB Kampung Meniup untuk membuat tinjauan prasarana-prasarana yang terdapat di ladang tersebut.

Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Yang Berhormat Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan selaku Penghulu Mukim Bokok, Yang Mulia Awang Mohamad Khairul Shahrul bin Haji Duahim, Penolong Pegawai Daerah Temburong, Ketua-Ketua Cawangan Agensi-Agensi berkepentingan dan Ahli-Ahli Majlis Perundingan yang berkenaan.

Lawatan kerja tersebut adalah bertujuan bagi meninjau prasarana-prasarana yang terdapat di Mukim Bokok secara umumnya. Ia juga adalah usaha berterusan Jabatan untuk memeduli kesejahteraan rakyat dan penduduk di daerah ini bagi memantapkan lagi pembangunan, kemajuan dan kebajikan masyarakat mukim tersebut. 


DSC_8103.JPG

DSC_8084.JPG

DSC_8189.JPG

Created at 31/07/2019 16:40 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 31/07/2019 16:45 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang