Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS SEMBAHYANG SUNAT HAJAT BERJEMAAH DAN MEMBACA RATIB AL-ATTAS SEMPENA PERSEDIAAN MENJELANG SAMBUTAN PERAYAAN

DSC_4915.JPG

TEMBURONG - Hari Sabtu, 17 Zulkaedah 1440 bersamaan 20 Julai 2019, bagi memohon kelancaran segala persediaan yang akan dikendalikan sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-73 bagi Daerah Temburong, Jabatan Daerah Temburong dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Temburong telah mengadakan Majlis Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah dan Membaca Ratib Al-Attas yang diadakan pada jam 02.30 petang bertempat di Masjid Utama Mohd Salleh, Pekan Bangar, Temburong.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Abdul Ghani bin Haji Othman, Pemangku Pegawai Daerah Temburong selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang   Ke-73 bagi Daerah Temburong dan Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara. Turut hadir ialah Yang Mulia Awang Mohamad Khairul Shahrul bin Haji Duahim, Penolong Pegawai Daerah Temburong, Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang  Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-73 bagi Daerah Temburong, Ketua-Ketua Cawangan, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung.

Majlis didahului dengan Sembahyang Sunat Hajat dan kemudiannya diteruskan dengan membaca Ratib Al-Attas yang dipimpin oleh Yang Mulia Haji Yusof bin Haji Ahad, Imam Masjid Utama Mohd Salleh, Pekan Bangar dan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah.

Majlis sedemikian ini telah pun dikendalikan bermula pada 13 Jun yang lalu dan ia telah diadakan pada setiap Hari Khamis sehingga hari ini 20 Julai 2019. Majlis diadakan bagi memohon keberkatan, rahmat, kesejahteraan dan keselamatan bagi acara kemuncak Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang  Ke-73 Tahun iaitu Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat serta Penduduk Daerah Temburong yang akan diadakan pada Hari Isnin, 22 Julai 2019 dan juga acara-acara keraian bersempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-73 Tahun.

DSC_4910.JPG

DSC_4919.JPG

DSC_4962.JPG

Created at 20/07/2019 16:03 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 20/07/2019 16:03 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang