Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

TINJAUAN BAGI MENGEMASKINI PERSIAPAN BAGI SAMBUTAN PERAYAAN

WhatsApp Image 2019-07-17 at 2.31.21 PM (4).jpeg

TEMBURONG - Rabu, 17 Julai 2019, Tinjauan bagi mengemaskini persiapan bagi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-73 Tahun diteruskan lagi ke Daerah Temburong dengan menyaksikan persediaan bagi menjunjung keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Bercemar Duli Bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Temburong. Latihan tersebut telah diadakan di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar pagi tadi.

Hadir meninjau lebih dekat lagi persiapan tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-73 tahun.

Latihan yang diadakan pada hari ini menumpukan sepenuhnya kepada aturcara keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Bercemar Duli Bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat Dan Penduduk Di Daerah Temburong dengan tema persembahan khas "Raja Bertaqwa, Negara Sejahtera".

Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat Dan Penduduk di Daerah Temburong akan diadakan pada Hari Isnin, 19 Zulkaedah 1440 Hijrah bersamaan 22 Julai 2019 Masehi di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar.

Orang ramai adalah dialu-alukan untuk sama-sama hadir dan diseru untuk mengambil peluang ini bagi memeriahkan lagi majlis tersebut di samping menzahirkan ketaat setiaan rakyat kepada Raja yang disayangi, dikasihi dan dicintai.

Turut hadir ialah Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Setiausaha- Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Mulia  Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Yang Mulia Awang Abdul Ghani bin Haji Othman, Pemangku Pegawai Daerah Temburong selaku Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Daerah Temburong Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke 73 Tahun Bagi Tahun 2019 serta Ahli-Ahli Jawatankuasa. 

WhatsApp Image 2019-07-17 at 2.31.21 PM (1).jpeg

WhatsApp Image 2019-07-17 at 2.31.21 PM.jpeg

WhatsApp Image 2019-07-17 at 2.31.21 PM (2).jpeg

WhatsApp Image 2019-07-17 at 2.31.21 PM (3).jpeg

Created at 17/07/2019 14:48 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 18/07/2019 13:59 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang