Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS SEMBAHYANG FARDU MAGHRIB DAN ISYAK BERJEMAAH, MEMBACA SURAH YAA SIIN DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN

DSC_4472.JPG

​TEMBURONG - Ahad, 14 Julai 2019, Di Daerah Temburong, Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar menjadi tumpuan Majlis Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Yaa Siin dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-73.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah diimamkan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar, Awang Haji Shafrillah bin Haji Ahmad diikuti dengan Sembahyang Sunat Hajat dan seterusnya memimpin bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil beramai-ramai, manakala Doa Kesyukuran dibacakan oleh Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong, Awang Haji Jamil bin Haji Abd. Ghani.

Hadir pada majlis tersebut, Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Awang Abdul Ghani bin Haji Othman bersama Penolong Pegawai Daerah Temburong, Awang Muhammad Khairul Shahrul bin Haji Duahim.

Majlis juga diselajurkan dengan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah.

Turut hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu selaku Penghulu Mukim Bokok; Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong, Awang Haji Jamil bin Haji Abd Ghani; ketua-ketua cawangan; pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan dan swasta Daerah Temburong; jemaah masjid serta orang ramai.

DSC_4417.JPG

DSC_4406.JPG

Created at 16/07/2019 16:17 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 16/07/2019 16:17 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang