Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MALAM APPRESIASI MANTAN-MANTAN PENGHULU MUKIM DAN KETUA KAMPUNG

DSC_3717.JPG

TEMBURONG - Hari Isnin, 01 JULAI  2019 bertempat di kawasan Pantaran, Jabatan Daerah Temburong, Kompleks Bangunan Jabatan-Jabatan Kerajaan, Pekan Bangar Temburong diadakan Majlis Appresiasi Mantan-Mantan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung serta Penghargaan kepada Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Temburong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Awang Abdul Ghani bin Haji Othman, Pemangku Pegawai Daerah Temburong. Turut hadir Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Mohammad Khairul Shahrul bin Haji Duahim, Penolong Pegawai Daerah Temburong, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Temburong.

Majlis telah dimulai dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Norezam bin Zaini, Imam Masjid Kampung Belais. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan daripada Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis. Majlis diteruskan dengan Penyampaian Cenderahati Kenangan dan Sijil kepada mantan-mantan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung serta penyampaian sijil kepada ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung bagi sesi 2013-2018.

Malam appresiasi adalah majlis penghargaan khusus kepada mantan-mantan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung yang telah berkhidmat di Daerah Temburong bagi mengenang jasa-jasa dan khidmat bakti yang telah disumbangkan sepanjang mereka menjawat jawatan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung. Majlis ini juga adalah sebagai tanda penghargaan kepada Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung yang telah menyumbangkan buah fikiran dan tenaga secara sukarela di dalam membangun dan memajukan Mukim dan Kampung masing-masing.

DSC_3542.JPG

DSC_3534.JPG

DSC_3560.JPG

DSC_3665.JPG

Created at 02/07/2019 10:05 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 02/07/2019 10:05 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang