Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PEMANTAUAN BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN 73 KALI KHATAM

DSC_3096.JPG

​TEMBURONG - Majlis Pemantauan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran 73 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim Dan Kampung, Penuntut-Penuntut Sekolah dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Seluruh Negara Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-73 Bagi Tahun 2019  telah diadakan pada hari Sabtu, 24 Syawal 1440 bersamaan 29 Jun 2019 bermula selepas sembahyang Fardhu Asar berjemaah dan diadakan serentak di keempat-empat daerah bertempat di masjid-masjid terpilih di setiap daerah.

Majlis Pemantauan ini adalah kesinambungan dari Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran 73 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim Dan Kampung, Penuntut-Penuntut Sekolah dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Seluruh Negara Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-73 Bagi Tahun 2019 yang telah dilancarkan pada 2 Mei 2019 yang lalu di ke empat-empat daerah. Bagi Daerah Temburong, Majlis Pemantauan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran 73 Kali Khatam tersebut telah diadakan di Masjid Utama Muhammad Salleh, Pekan Bangar, Daerah Temburong. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat di Majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Turut hadir sama ialah Yang Mulia Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Mulia Awang Haji Serudin bin Haji Timbang, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan, Yang Mulia Awang Abdul Ghani bin Haji Othman, Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Pendidikan, Pemangku Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan Pemangku Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Temburong

Pada tahun ini, bagi Daerah Temburong, penyertaan adalah berjumlah seramai 182 orang terdiri daripada:

  1. Lelaki Dewasa 18 orang
  2. Wanita Dewasa 18 orang
  3. Belia 35 orang
  4. Beliawanis 35 orang
  5. Kanak-Kanak lelaki 33 orang
  6. Kanak-Kanak perempuan 33 orang
  7. Penuntut-Penuntut Sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi (Lelaki) 5 orang
  8. Penuntut-Penuntut Sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi (Perempuan) 5 orang
     
    Majlis bermula dengan Bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Tetamu Kehormat dengan niat khas Pembacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran 73 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim Dan Kampung Dan Penuntut-Penuntut Sekolah Seluruh Negara Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-73 Bagi Tahun 2019 dan seterusnya pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran beramai-ramai secara persendirian.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa khusus bagi memohon doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang                         Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dilanjutkan usia dan sihat walafiat serta kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan hidayah dan petunjuk Allah Subhanahu Wata'ala.

DSC_3088.JPG

DSC_3124.JPG

Created at 01/07/2019 16:01 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 01/07/2019 16:01 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang