Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS SEMBAHYANG SUNAT HAJAT BERJEMAAH DAN MEMBACA RATIB AL-ATTAS SEMPENA PERSEDIAAN MENJELANG SAMBUTAN PERAYAAN

DSC_1609.JPG

TEMBURONG - Hari Khamis, 15 Syawal 1440 bersamaan 20 Jun 2019, bagi memohon kelancaran segala persediaan yang akan dikendalikan sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-73 bagi Daerah Temburong, Jabatan Daerah Temburong dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Temburong telah mengadakan Majlis Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah dan Membaca Ratib Al-Attas yang diadakan pada jam 03.00 petang bertempat di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Temburong, Pekan Bangar, Temburong.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Abdul Ghani bin Haji Othman, Pemangku Pegawai Daerah Temburong selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang   Ke-73 bagi Daerah Temburong dan Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara. Turut hadir ialah Yang Mulia Awang Haji Jamil bin Haji Abd Ghani, Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong, Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang               Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-73 bagi Daerah Temburong, Ketua-Ketua Cawangan, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung.

Majlis turut diserikan oleh kehadiran murid-murid sekolah dari Sekolah Ugama Pg Muda Mohamed Bolkiah, Daerah Temburong. Majlis didahului dengan Sembahyang Sunat Hajat dan membaca Ratib Al-Attas yang dipimpin oleh Yang Mulia Imam Mahdini bin Kamis, Imam Masjid Kg Selangan dan sejurus selepas itu, majlis diteruskan dengan menunaikan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah.

Majlis sedemikian ini telah pun dikendalikan bermula pada 13 Jun yang lalu dan ia akan diadakan pada setiap Hari Khamis sehingga acara kemuncak Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang  Ke-73 Tahun. Ia juga adalah bagi memohon keberkatan, rahmat, kesejahteraan dan keselamatan semasa acara-acara bersempena sambutan perayaan tersebut dijalankan.

DSC_1599.JPG

DSC_1597.JPG

Created at 22/06/2019 15:20 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 22/06/2019 15:20 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang